Monday, May 28, 2012

rambut dah pendek!

Lega dapat jumpa mak dah. Bila mak ada depan mata baru rasa senang hati. Mak masih tak lalu makan. Tiap2 hari mak cuma makan nasi 2-3 mulut aje. Badan mak kurus melidi. Kesian mak! Kami selalu tanya mak - mak teringin nak makan apa2 tak - mak selalu jawab tak ada benda yang mak teringin nak makan! Bagi yang selalu baca blog saya nie - tolong doakan mak cepat sembuh dan ada selera makan ya!

Ok, sekarang nak cerita pasal Awatif pulak. Dari kecil rambut Awatif susah nak panjang. Lepas cukur rambut dia masa baby - rambut dia tu lama betul nak tumbuh. Masa umur dia setahun masih tak ada banyak rambut. Punya bertahun Ummi nak tunggu rambut dia panjang. Ummi time tu tak sabar nak ikat rambut dia dengan pelbagai fesyen dan hiasan rambut.

Sejak setahun ni baru nampak rambut dia betul2 panjang. Sejak 2-3 bulan ni dia alami masalah kelemumur yang serius. Puas dah cuba bermacam jenis syampu tapi tak ada yang berkesan. Saya agak masalah ni timbul sejak dia buat rebonding hujung tahun lepas. Syampu yang dibeli di salun tempat rebonding yang dia guna tu tak serasi dengan kulit kepala dia.

Hari Sabtu lepas Kakak gunting rambut Balqish. Pendek setakat paras ketiak. Bila tengok rambut Balqish pendek ibu dan kakak pun suruh Awatif potong rambut jugak. Saya rasa sayang sangat nak gunting rambut Awatif tu pasal rambut dia susah nak panjang. Ambil masa yang lama untuk panjang. Tapi bila fikir2 balik - masalah kelemumur dia tu buatkan saya ubah fikiran.

So tadi kakak pun bawalah pergi kedai. Rasa sayang tapi terpaksa lah gunting jugak. Tapi taklah pendek sangat. Rambut dia nipis so kejap aje dah habis. Rambut Balqish tebal dan lebat! Rasanya lepas ni lama pulak nak gunting lagi :)

Buat yang tak tahu sejak awal tahun ni Awatif dan Balqish dah mula pakai tudung sepenuhnya. Mulanya saya tak bagi pasal saya rasa mereka masih budak2 lagi tapi mereka bertegas jugak nak pakai. Saya tak mahu mereka menyesal! Tapi dah nak buat benda baik buat apa nak larang kan? So bila rambut dah pendek ni rasa ringan lah sikit kepala tu kot he..he..

sebelum

sebelum
selepas

selepas
selamat tinggal rambut panjang

dah potong pun

buat treatment untuk hilangkan kelemumur

No comments: