Wednesday, May 23, 2012

it's war

Malas betul sekarang nak update blog. Bukan tak ada cerita nak sharekan kat sini tapi tulah - penyakit malas dah menyerang satu badan. Lagi pulak saya pun tak sihat sangat. Hari tu cakap dah cemuih nak pergi Klinik tapi bila tak tahan sakit sangat terpaksa lah jugak pergi. Dr bagi ubat yang kuat - bila makan badan terus jadi tak larat dan asyik mengantuk aje. Dalam 3 hari lepas saya tidur aje sepanjang hari. Pagi makan ubat, terus tidur, tengahari saya tak makan sebab nak ambil anak2 sekolah, tapi kesan makan ubat pagi tu masih terasa, boleh rasa mengantuk lagi. Bila malam makan, terus tidur.

Oleh kerana ubat antibiotik yang kuat buatkan saya tak ada selera makan. Bukan setakat 2-3 hari ini saya tak lalu makan - sejak sakit minggu lepas saya dah kurang makan. Saya banyak minum air aje. Ingatkan bolehlah kurus sikit tapi alahai! badan tak kecut2 pun he..he..

Bila baca blog Wani pasal homesick - saya rasa saya faham sangat2. Walaupun situasi saya dan dia berbeza tapi keadaannya tetap sama. Tiba2 aje kisah 12 tahun yang lepas terbayang-bayang. Rasanya sama aje dulu dan sekarang cuma bezanya saya dah mula sesuaikan diri. Susah kalau kita duduk jauh dari keluarga nie! Kalau boleh saya tak mahu anak2 saya masuk asrama - biar lepas SPM baru boleh. Bukan apa, seperti kata kawan saya, time ni aje yang boleh kita rapat dan bersama dengan anak2. Nanti bila lepas SPM, anak2 masuk U ke, Kolej ke pastu bekerja pastu kahwin. Time tu susah dah kita nak mesra & bermanja2 dengan anak2.

Mak sekarang tak sihat - bila dapat sms dari kakak Ahad lepas, saya dah macam nak terbang aje pergi KL tapi disebabkan anak2 exam so tak bolehlah nak ponteng. Kalau tak anak2 exam rasanya saya dah sampai KL time nie. So kena sabar tunggu esok baru boleh pergi KL.

Walaupun sakit dan susah hati dengan keadaan mak tapi saya tetap setia jugak dengan KPOP nie he..he.. fav baru - MBLAQ. Jomlah kita layan lagu ni sama2 :-

No comments: