Friday, May 18, 2012

cerita orang malas

Lama kan tak ada cerita pasal masak2 kat sini. Saya ada masak tapi masak simple2 aje. Bila dah simple sangat tu rasa malas nak sharekan kat sini. Sebetulnya saya rasa malas sangat2 sekarang. Nak buat apa2 kerja pun tak ada mood. Masak malas, kemas rumah malas, lipat baju malas - pendek kata semuanya malas lah! Tidur aje saya rajin he..he..

Bukan nak cari alasan ke apa tapi saya tak sihat sejak kebelakangan ini. Bengkak kat leher dah jadi balik tapi Alhamdulilah, hari ini dah surut. Sakit tu sakit tapi taklah sakit macam selalu tu. Bila dah sakit, emosi dan mood saya jadi down sangat. Itu yang buat saya jadi malas sangat2 nak buat apa pun. Nak cakap pun malas!!

Sekolah anak2 ada buat sambutan hari guru hari Rabu lepas. Mula2 ingat nak beli aje hadiah untuk cikgu2 tapi rasa macam tak tahu nak beli apa. Rasanya tiap2 tahun benda yang sama aje. Dah tu setiap tahun makin bertambah senarai cikgu yang anak2 nak bagi hadiah. Tahun ni Awatif nak bagi hadiah dekat 10 orang cikgu - dengar tu adik pun tak nak kalah! Dia nak bagi kat 10 orang cikgu jugak! Alahai! semua sekali 20 orang cikgu tu he.. he..he.. Bukan berkira ya - jasa cikgu2 saya tak lupa. Tambah2 cikgu2 yang sentiasa faham dengan keadaan kesihatan anak2. Iyalah - si adik tu selalu sangat ponteng sekolah - kalau dapat cikgu yang tak faham susah jugak kan?

Bila fikir2, saya rasa baik bagi hadiah coklat aje. Walaupun simple tapi bila buat sendiri tu boleh nampak lagi keikhlasan kita kan? Mujur hari Selasa tu saya rasa sihat sikit. Saya buat dalam 300 biji coklat untuk hadiah cikgu2 dan kek coklat 2 biji untuk jamuan sekolah. Selesai semua tu dalam pukul 5 pagi. Rasa pening dah pagi esok tu tapi cepat2 makan panadol, Alhamdulilah, lepas tu dah rasa ok tapi sebab leher tu bengkak balik, sakit tu tak rasa kurang. Nak pergi klinik rasa "cemuih" sangat pasal selama 4-5 bulan ni asyik2 pergi klinik aje. Mula dengan adik pastu Awatif - pastu adik, pastu Awatif!! Cemuihlaaaaah! Tengok klinik pun rasa tak mau!! Kalau rasa tak boleh tahan sakit sangat baru nak paksa diri pergi!!

ikan siakap masak kukus serai - yang ni gambar 4 hari yang lepas - hari ni masak menu yang sama jugak atas permintaan suami & anak2

tauhu kukus sos tiram - tak jadi he..he.. tengok rupa pun dah tahu kan?
coklat untuk anak2 bagi hadiah kat cikgu - untuk Awatif, sediakan kotak untuk 18 biji coklat dan untuk adik 12 biji - semua sekali 20 kotak untuk 10 orang cikgu masing2 - bukan nak pilih kasih tapi kotak untuk 18 biji coklat dah abis so terpaksa ambil kotak untuk 12  biji coklat untuk bagi kat cikgu adik

coklat untuk cikgu - kek coklat untuk jamuan Hari Guru kat sekolah - tiap2 tahun kalau ada apa2 jamuan kat sekolah - kek coklat nilah saya buat - kawan2 anak2 selalu minta saya buat kek coklat nie - senang, mudah dan sedap!

No comments: