Wednesday, May 2, 2012

adik tak larat

Alhamdulilah, adik dah keluar hospital semalam. Sepatutnya kena duduk lagi 2 hari tapi bila Dr cakap boleh sambung makan ubat kat rumah terus suami cakap kalau macam tu boleh balik hari ini lah (semalam). Ikutkan saya biar duduk lama sikit kat hospital tu biar adik sihat sepenuhnya. Walaupun saya boring dan tak selesa kat hospital tu janji adik dapat rawatan yang secukupnya.

Dr yang bagi discharge tu Dr ganti. Dr Siti Noor yang selalu rawat adik tu bercuti (melawat ayah dia sakit kat KL) dari hari Isnin sampai Rabu. Kalau Dr Siti tu ada semalam rasanya mesti dia tak bagi adik keluar lagi. Adik tak demam dah tapi dia masih batuk. Tengok keadaan dia boleh tahu dia tak sihat lagi. Nampak dia lemah sangat. Hari ini pun dia banyak baring aje. Nak mandi pun dia tak larat nak berdiri. Saya kena sediakan kerusi untuk dia duduk dalam bilik air tu. Yang buat dia lagi tak larat sangat tu pasal dia tak makan. Nasi langsung dia tak mahu. 

Tengahari dia makan laksam yang kawan saya bawa untuk melawat dia. Yang tu ajelah dia makan setakat petang ni. Malam nanti tak tahulah dia nak makan apa. Bila tanya dia, dia pun tak tahu dia nak makan apa. Tak ada selera agaknya!

Hari Jumaat ni kena buat follow-up ngan Dr. Minta2 waktu tu adik dah sihat sepenuhnya. Ubat yang bawa balik semalam adik kena habiskan. Dia dah tak larat dah nak makan ubat2 tu semua. Jemu katanya. Iyalah, sejak sebulan ni hampir tiap2 hari dia kena makan ubat. Kesian dia! Nak buat macamanakan? Walaupun jemu macamanapun, ubat nak kena makan jugak. Takut nanti sakit lagi! Antibiotik tu kena habiskan! Ummi dan Walid pujuk macam2 suruh dia makan! Agaknya dia tak lalu makan nasi pasal dah banyak sangat makan ubat kot!!

Buat sesiapa yang doakan adik supaya cepat sembuh, terima kasih banyak2 ya!

pasal adik demam, Ummi bagi adik duduk depan ngan Ummi, dah sihat nanti kena duduk belakang ya!!

masa ni on the way nak pergi hospital - time ni badan adik panas sangat!

janji nak beli mainan baru duduk diam bila Ummi nak ambil gambar

ambil gambar buat kenangan - ngan jiran sebelah (dalam wad)

teman setia adik sepanjang kat hospital

semua gambar kelabu pasal dia duduk tak diam

atas tu untuk air, bawah untuk antibiotik - nak pergi mana2 pun kena usunglah benda nie!

1 comment:

bidadarindu said...

Muka jiran sebelah macam amirah...