Thursday, May 3, 2012

adik minta sushi!

Adik masih tak lalu nak makan. Tengahari semalam dia makan laksam, pastu malam dia minta nasi kerabu. Adik memang anak Terengganu lah he..he.. Selera makan betul2 ikut orang sini! Nasi kerabu tu dia makan 3 @ 4 mulut aje!

Hari ini dia minta saya buat sushi. So bila dia minta nak makan tu cepat2 lah kena buat. Takut nanti dia tak ada selera pulak. Bila dah siap tu, dia cuma makan satu aje. Geram betul! Dia kata dia teringin tapi tak lalu nak makan! Breakfast dia minta telur setengah masak 2 biji, tapi dia makan sebiji pun tak habis.

Dia suruh saya buat laksa Penang tapi ibu kata laksa ni sejuk. Takut tak elok untuk dia sekarang memandangkan keadaan dia yang kurang sihat tu! Tapi saya rasa kalau dia makan pun mungkin semangkuk aje kot! Janji dia nak makan apa2 kan? Nantilah confirm ngan ibu balik, kalau ibu kata ok boleh buat petang ni!

rupa lebih baik kot dari yang mula2 buat tu he..he..

penat2 Ummi buat, adik makan 1 aje - alahai! adik!!! {abaikan barang2 yang sepah kat atas meja tu ya :) }
p/s:- saya dah lama tak kena lelah - malam semalam tiba2 kena - pukul 4 pagi - susah nak nafas & tak boleh nak tidur - bila pakai inhaler adik tu baru rasa ok! - last saya kena masa ngandungkan adik rasanya - punca tiba2 kena lelah? - pasal semalam tu saya makan asam - sebelum ni ok aje bila makan asam tapi sekarang ni dah tak boleh makan - segala jenis jeruk dah lama saya tak makan - memang cari penyakit kalau makan he..he..

No comments: