Saturday, April 21, 2012

sushi

Dah lama Awatif suruh saya try buat sushi. Itu gara2 dia terlalu terpengaruh dengan cerita2 Korea. Sekarang ni dia makan nasi pun guna chopstick.  Beras @ nasi tu pun nak yang Jepun @ Korea punya. Jenuh Ummi dan Walid cari keliling Kemaman minggu lepas tapi tak ada. Suami kata mana lah orang Kemaman nak makan nasi macam tu.

Nasi jenis tu kan macam lembik sikit. Dia kata nampak macam sedap aje tengok dalam drama Korea tu. Tadi pergi Kuantan sempatlah pergi satu kedai ni - mujur apa yang dia nak semuanya ada kat situ. So hari ini dengan tangan kerasnya saya try lah buat sushi nie. Inilah hasilnya :-

rupa yang kurang - boleh dimaafkan kot kan pasal first time buat!

tara!!! jadi pun! jom makan!!

boleh lah tu kan??

bahan2 utama yang diperlukan!

budak ini yang suka paksa Ummi buat
p/s:- kepala blank sungguh hari ini - entah apa2 lah yang saya bercerita ni kan??

1 comment:

bidadarindu said...

Macam makan lemang jek....