Sunday, April 8, 2012

kena jugak!!

Dalam pada dok kata tak mau adik kena warded - last2 kena jugak! Nak buat macamanakan? Kalau biar aje dia macam tu takut makin melarat. Tu pun dah teruk sikit tu! Paru2 & darah dia dah kena jangkitan kuman @ bakteria. Darah putih dia tinggi sikit. Kahak dia pulak dah kuning - sah2 kuman dah "serang" paru2 dia.

Doktor cakap kali ni kena duduk lama kat hospital. Tak apalah Doktor, nak buat apa lagi - dah Dr cakap darah dia dah ada bakteria, kalau duduk sebulan pun saya sanggup asalkan adik sihat macam biasa. Tak ketaq badan bila Dr cakap macam tu kan? Masa tu pulak saya sorang2, suami balik rumah pasal hari ini Awatif sekolah.

Kalau tengok keadaan dia tu tak macam orang sakit kecualilah bila dia demam. Kalau demam, dia baring aje. Bila dah baik demam, mulalah duduk tak diam sampai kita yang jaga nie pun rasa tak larat. Tapi tak apa, biar aje dia duduk buas2 pun, itu tandanya dia sihat.

Bukan tiap2 hari dia demam, ada masa ok, ada masa tak ok. Tapi sejak warded semalam baru sekali aje dia demam panas. Bila masuk ubat kat b*nt*t terus dia sihat. Batuk aje yang tak reda2 walaupun dah buat fisio 2 kali dan kena masuk ubat melalui drip air. Last week masa saya buat entry dia demam tu memang nampak dia dah sihat tapi keesokkan tu yang dia demam dan batuk balik.

Nurse2 kat wad ni pun dah kenal dia - bulan 1 kan dia kena warded sekali ngan Awatif. Dalam masa 4 bulan 2 kali kena warded.  Hai! lepas ni nak kena cuba ubat tradisional atau kampung pulak lah. Ada sesiapa yang tahu kat mana nak berubat untuk budak2 lelah nie?

Kalau kat rumah rasa kejap aje pukul 3 tapi bila duduk sini nak tunggu jam pukul 3 tu rasa macam bertahun! Adik yang sakit tu pun rasa boring he..he.. Nak tidur lama2 pun tak boleh jugak - kejap2 nurse datang check macam2. Pastu setiap 4 jam adik kena nebulizer pulak - bukan sekali tapi 2 kali pasal guna ubat yang berlainan.

Saya sebenarnya pun tak sihat sangat , risaukan adik, risau ngan masalah Awatif lagi - adoi! stressnya!! Stress masuk spital bulan 1 tu pun tak habis cerita lagi dalam nie!!

Tolong doakan adik cepat sembuh ya!! Terima kasih banyak2!

makan dulu sikit sebelum puasa 2 jam untuk buat fisio
p/s:- Setiap orang Allah duga dengan cara yang berbeza!! Kuatkanlah imanku Ya Allah!!

No comments: