Sunday, April 29, 2012

kali ke 3

Adik kena warded lagi. Untuk kali yang ke 3 tahun ni. Alahai! adik!!!

Lepas kena serang lelah pagi2 buta hari Jumaat tu nampak dia ok sikit walaupun demam. Jumaat siang tu pun nampak dia ok aje. Adalah dia demam tapi lepas bagi makan ubat demam dia dah kebah. Tapi bila petang sikit dia dah mula demam balik pastu dok cakap dada dia sakit. Saya terus bawa dia pergi Klinik untuk buat neb. Lepas buat neb  keadaan dia dah ok balik.

Tapi bila dah malam demam dia datang balik tapi kali ni panas betul2. Sepanjang malam dia mengigil sejuk padahal badan dia panas sangat2. Kaki tangan sejuk sampai kuku2 biru lebam. Bila tengok keadaan dia macam tu saya dah agak ni mesti esok dia kena tahan wad. So saya prepare awal2 baju2 semua. Malam tu saya tidur 2 jam aje pasal tak boleh nak pejam mata risaukan dia. Dia boleh tidur tapi bunyi nafas dia tu menakutkan saya. Kejap2 saya check dia, kejap2 tengok dia.

Hari Jumaat tu dia makan ayam yang saya buat tu sikit sangat. Adalah 2-3 mulut. Pastu sebelum pergi Klinik tu dia cakap dia teringin nak makan kek & macaroni cheese kat Secret Resipe. Macaroni cheese bungkus, kek makan kat situ. Tapi kek tu dia makan tak habis dan macaroni cheese tu adalah dia makan semulut dua. Lepas tu dia tak makan apa2 dah.

Pagi Sabtu tu nampak dia lemah sangat - lembik! Nak jalan pun tak larat sampai suami kena dukung. Bila Dr check demam dia sampai 40.7. Patutlah dia tak larat, kesian tengok keadaan dia time tu. Muka pucat sangat2 sampai Dr pun tegur.

Sepanjang hari kat hospital demam dia tak kebah2 - kejap2 40, kejap2 39, pastu naik balik. Kalau turun pun setakat 38 aje. Dr pun hairan kenapa boleh sakit balik padahal baru 2 minggu aje keluar wad. Dr ambil darah untuk check denggi.

Bilik single tak ada yang kosong lagi so sekarang ni kami duduk bilik katil 5. Suami dan Awatif terpaksa balik rumah pasal tak ada tempat nak tidur.

Lepas ni nak kena cuba ubat kampung atau ubat cina pulak lah!!



3 comments:

bidadarindu said...

Papa doakan adik cepat sembuh ya...nnt boleh datang main dengan muqri ya...

p/s : papa pulak rasa nak nangis bila ummi tulis n3 nie...

Hafidzin said...

terima kasih papa!

Ummiexclent Hamid said...

salam ukhuwah...
puteri sulung saya pernah alami masalah ni sejak baby lagi.. tapi alhamdulillah skarang tak kena semput lagi.. kalau batuk selsema tu ada la, tapi tak macam dulu sejak saya guna LUMIGLOW.. boleh baca pengalaman saya kat ummiexclent punya blog... Promote blog sendiri la pulak.. tapi just untuk perkongsian bersama...