Sunday, April 15, 2012

ayam panggang rosemary

Hari ini saya mula memasak setelah seminggu lebih tak masak. Mulanya malas sangat2 nak masak tapi kesian pulak kat suami dan anak2 yang dah boring betul makan kat luar. Suami sampai cakap dia dah tak lalu nak makan nasi goreng dan tomyam. 

Atas permintaan anak2, saya buatlah ayam panggang rosemary nie. Bila tengok orang punya nampak sedap aje, tapi bila saya buat ha! tengoklah gambar kat bawah nie he..he.. Tapi kan walaupun rupa tak menarik tapi suami & anak2 puji melambung he..he.. Berbaloi rasanya!!

Mula tu nak buat sekor ayam tapi takut tak habis pulak so saya buat setengah aje dulu malam ni. Ubi kentang dan lobak pun letak sikit saja pasal takut tak habis. Tapi tadi bila tengok anak2 makan, lain kali boleh tahu dan letak banyak sikit.

Baru2 ni suami dapat voucher Parkson so saya pujuk2 suami untuk beli barang2 yang boleh menolong saya kat dapur. Janji saya pada suami - "sayang akan masak sedap2 & special kat abang kalau abang beli barang2 tu" so suami pun percaya dan cakap ok. Pasal janji tu kita tengoklah macamana nanti ya! he..he..

sebelum

selepas

dia ratah ayam aje - nasi tak mau makan

barang2 free (free voucher) - penguat semangat untuk masuk dapur he..he..

konon2nya untuk bagi semangat untuk dapur berasap
p/s:- dalam kepala ni macam2 benda nak masak tapi .................................!!!!

No comments: