Friday, April 27, 2012

adik oh adik

Dalam pukul 2 pagi tadi tiba2 aje adik kena lelah. Time tu saya tak tidur lagi, dok ralit tengok tv. Bila suami bawa adik keluar dari bilik saya tengok muka adik pucat sangat2 pastu dia tak boleh nafas. Dia dok cakap "adik tak mahu mati" banyak kali. Tengok keadaan dia tu saya terus jadi panik. Kaki rasa macam tak pijak lantai aje.

Lepas salin baju yang mana sempat capai aje terus kami pergi Klinik. Sepanjang jalan suami langgar lampu merah pasal nak cepat. Adik dah macam teruk sangat. Sampai kat Klinik, Dr cakap buat neb dulu tapi dalam berapa saat buat neb tu adik lagi nampak pucat dan tak boleh nafas. Dr cakap baik bawa dia pergi Hospital Kemaman, dia cakap dia pun tak boleh buat apa. Dengar Dr cakap tu saya lagi lah panik. Rasa badan dan kepala melayang aje.

Mula tu nak bawa adik terus pergi Kuantan Specialist tapi Dr Klinik tu cakap takut tak sempat so kami terus bawa dia pergi Hospital Kemaman dulu. Sampai kat Hospital tu bahagian registration emergency tu lampu tak pasang, gelap aje. Dah tu tak ada orang pun. Saya tunggu hampir 10-15 minit jugak tapi still tak ada orang. Masuk kat dalam tengok ada seorang Dr yang bertugas dok periksa pesakit. Dr tu nampak saya tapi tak bolehlah nak layan pasal ada pesakit kan? Yang hairannya tak ada seorang pun nurse kat situ. Kalau ada emergency yang serius agaknya macamanalah ya?

Bila dah tak dilayan hampir 10-15 minit, suami terus ajak saya pergi Kuantan. Masa tu dalam pukul 3 pagi. Tengok adik macam dah ok sikit. Singgah rumah kejap ambil baju untuk semalam dua, standby kot2 kena tahan wad. Baju tu capai aje yang mana nampak. Lepas tu saya bagi dia pam @ inhaler dalam kereta. Lepas bagi pam tu baru dia boleh tidur dan nampak dia boleh nafas. Tapi muka dia still pucat dan tiba2 dia demam. Badan panas sangat, kuku kaki tangan biru lebam.

Sepanjang 12 tahun dok berulang alik ke Kuantan, saya rasa semalam lah paling lama tempoh perjalanannya. Dalam masa 50 minit tu rasa macam bertahun. Bila sampai aje kat KSH, terus pergi bahagian emergency, nampak aje adik lemah terus nurse kat situ periksa adik. Berbeza betul keadaan di HK tadi. Bila Dr KSH periksa, adik time tu demam 38.5 tapi lelahnya dah kurang. Dr cakap keadaan dia tu dah ok, tak payah nak kena duduk wad. Dengar tu rasa lega sangat. Lepas tu terus kami balik. Sampai rumah dalam pukul 5 pagi.

Keadaan saya sekarang macam melayang-layan aje pasal tidur tak cukup. Nak sambung tidur tak boleh pasal dok sibuk melayan adik. Sekarang ni keadaan dia dah ok sikit. Esok nak kena pergi KSH lagi untuk check dia lagi sekali. Dia dah ok tapi still rasa macam susah nak bernafas. Dia kata tekak ngan dada dia sakit. Adik oh adik!! Selalu sangat buat jantung Ummi macam nak luruh!!!

Hari ini saya masak special sikit, Ayam Rosemary dan Hotpot Potatoes (resepi ambil dari blog bicara hati). Badan rasa penat sangat sekarang tapi tak boleh nak rehat pasal dok risaukan adik tu. Macamanalah nak buat dengan keadaan kesihatan dia tu ya?

Jomlah layan gambar2 kat bawah nie :-

budak yang selalu sangat bagi Ummi risau - hari ini muka dia still pucat lagi

ayam rosemary

jemput makan
hotpot potatoes - mula2 letak daging dulu

kemudian masukkan ubi kentang yang potong nipis

last sekali taburkan cheese dan bakar
dah masak pun

jemput makan!

No comments: