Wednesday, April 4, 2012

adik demam lagi

Adik dah 3 hari tak pergi sekolah kerana demam, batuk & ada lelah sikit. Dia langsung tak ada selera makan sejak demam ni. Kesian, dah lah kurus bertambah kurus la lagi. Perut kenyang dengan makan ubat aje. Klinik dah pergi 2 kali. Pertama kali pergi pasal dia demam ngan batuk aje tapi sejak semalam batuk makin menjadi-jadi sampai dia jadi lelah. So semalam pergi lagi klinik untuk buat nebulizer dan ambil ubat lelah dan cegah lelah. Mujur lelah dia dah kurang hari ini. Batuk & demam pun Alhamdulilah, dah kurang banyak hari ini.

Saya memang pasti sangat dia batuk puncanya pasal mandi kolam kat Kuala Terengganu tu. Saya mulanya tak bagi anak2 mandi kolam tapi suami yang kesian sangat pasal anak2 dok merayu.  Suami dok pujuk saya cakap biar anak2 mandi kejap. Tak sampai sejam pun anak2 mandi tu tapi iyalah! benda nak jadi kan? Saya tengok dia nie memang alah sangat dengan mandi kolam nie! Lagi satu kalau makan rambutan! Serah diri la jawabnya!!

Mujur jugak kali ni dia tak teruk. Saya dah rasa malas sangat2 nak pergi berkampung kat hospital tu!! Semalam saya kelur berdua aje ngan adik makan kat Secret Recipe. Adik nak makan sangat prawn macaroni cheese dan singapore laksa. Macaroni tu makan kat situ, singapore laksa tu bungkus bawa balik. Dia makan macaroni cheese tu banyak jugaklah, rasa berbaloi bawa dia pergi situ. Ummi nak buat macaroni cheese sendiri adik tak bagi. Dia kata Ummi buat tak sedap he..he..

Esok saya nak buat laksa penang. Ha! yang tu dia kata tak apa Ummi buat sendiri pasal kalau beli kat luar memang tak sedap! Adik minta saya buat kek coklat tapi saya tak buat2 lagi! Tengoklah esok ke lusa ke! Ummi pun tak berapa sihat nie!



No comments: