Thursday, April 26, 2012

2 tahun dah .....

Hari ini genap 2 tahun lahirnya blog nie. Rasa kejap aje kan? Kalau baby tu dah boleh jalan dan cakap pun. Dalam masa 2 tahun ni macam2 yang terjadi dalam hidup saya dan nak dikatakan hampir 90%nya saya kongsikan dalam blog nie. Antara tujuan utama saya buat blog ini ialah untuk berkongsi segalanya dengan family terutamanya ibu. Maklumlah saya ni kan duduk jauh dengan family. Walaupun selalu cal tapi kadang2 susah nak cerita kalau tak tengok kan?

Ambil satu contoh - kelas make-up yang saya pergi baru2 nie. Saya bagitahu ibu cantik sayang make-up ibu - pastu ibu macam tak percaya kan so suruhlah ibu buka blog saya tengok macamana saya make-up. Cantik ke tak? Nanti ibu bagilah komen ala2 macam juri kat AF tu he..he.. Anak2 kakak lah yang selalu jadi secretary ibu - "Balqish - bukakan blog umi su jap - tok nak tengok" he..he.. Kalau pasal pasal masakan pun saya selalu suruh ibu tengok blog saya - macam saya buat kuih lapis haritu - ibu cakap saya buat tebal2 sangat. Sekurang-kurangnya walaupun jauh, ibu dapat tahu apa yang saya buat.

Bukan ibu aje - mak2 sedara & sepupu2 pun boleh tahu perkembangan kami anak beranak yang duduk jauh ni. Kalau ada yang rindu tu boleh lah tatap gambar kami lama2 he..he.. Suka saya kalau boleh tayang masakan saya yang special2 - saja2 nak bagi mereka2 tu terliur he..he..

Oleh sebab2 itulah saya rasa blog saya ini amat istimewa. Kalau bukan saudara2 pun, kawan2 pun boleh jugak tahu perkembangan diri saya dan family. Sambil2 berkongsi kisah hidup saya ni dengan pembaca - dapat juga saya jadikan ianya kenangan - umpama diari jugaklah kan? Esok2 bila dah tua mesti rasa syahdu aje bila baca balik kan? he..he..

Awatif baru aje balik dari kem sekolah dia hari ini. Dia pergi 3 hari 2 malam. Mulanya saya tak bagi tapi suami dok cakap2 biarlah dia pergi. Bagi dia pengalaman baru. Setelah cal cikgu dia dan diberi penerangan barulah saya bagi - tupun bukan 100%. Lepas pesan kat cikgu supaya bagi perhatian sikit kat dia dan cikgu pun berjanji maka saya pun dengan berat hati bagi jugaklah dia pergi tapi borang kebenaran tu saya suruh suami yang sign - saya tak sanggup.

Last year saya tak bagi dia pergi pasal buat kat Setiu - jauh tu. Kali ni buat kat sini aje. Mujur kali ni tak ada aktiviti yang melibatkan sungai atau laut. Cuma ada hutan aje. Pasal tu lah saya rasa selamat sikit bagi dia pergi. Dia pergi hari Selasa, balik hari ini, Khamis. Masa dia nak pergi tu melelah jugak air mata he..he.. Bukan apa, takut nanti dia lelah ke apa ke, iyalah, perasaan ibukan? Semua ibu pun mesti rasa macam tu jugak kan? 

Masa cari gambar Awatif tadi terjumpa gambar2 masa adik kat hospital hari tu. Jomlah kita layan gambar2 kat bawah nie:-
 
saja letak gambar Awatif nie

anak2 penghibur hati

bila time baik tu sejuk aje hati Ummi tengok tapi bila time gaduh - Ummi kecut perut!!

beza umur 3 tahun - motif ambil gambar belakang? pasal tak sempat nak ambil gambar depan he..he..
dalam kereta

dalam bilik katil 4

Ummi yang boring sangat2

budak yang selalu buat Ummi susah hati
baju untuk 6 hari 5 malam - dah ready siap2 - memang dah tahu mesti kena warded! banyak pengalaman dah!

barang2 dalam bilik katil 4 - kena duduk dulu kat sini sementara nak dapat bilik single

dalam bilik single - Alhamdulilah- mujur kali ni tak payah tunggu lama2 - dalam sejam tu dah ada!

dulu2 saya selalu simpan tag nama ni buat kenangan tapi sekarang dah malas!
adik breakfast bihun goreng

mujur ada laptop nie - buat hilang boring!

anak2 yang keboringan he..he..

mengamuk pasal Ummi ambil gambar!
inilah tempat tidur saya & Awatif - suami tidur ngan adik atas katil!

kalau tak disuruh tak ikat betul2 lah rambut dia tu!

adik teringin tidur tempat Ummi! ini dia tidur betul2 - ingat nak main2 aje, pastu tengok2 dah lena!

dari jauh!
sepanjang duduk kat spital tu hampir tiap2 hari saya main games zombies - sampai dah ketagih! he..he..

nasi kerabu - adik yang pilih menu nie - selalu lupa nak ambil gambar makanan - saja2 buat kenangan!

fish n chips

Awatif yang makin membesar

Alhamdulilah - boleh balik dah yeay!!

No comments: