Monday, March 12, 2012

tak ada tajuk

Kepala saya masih pening & berdenyut-denyut. Entah apa silapnya - dah 2-3 hari dah macam nie. Panadol dah tak larat nak makan dah. Eh! saya bukan mengandung ya, belum ada rezeki lagi walaupun sekarang ni dah bersedia mental dan fizikal 100%. Mungkin pening kepala tu pasal keadaan cuaca sekarang kot! 3 hari lepas panas bukan main, tapi sejak semalam hujan lebat sangat.

Dalam pada pening2 tu sempat jugaklah saya masak. Awal masak hari ini pasal anak2 dok sibuk lapar2 - maklumlah hujan seharian! Kita yang tua ni pun bila hujan aje kejap2 rasa lapar kan? Ingat nak try buat kuih puteri ayu hari ini tapi bila dah selesai masak lauk2 tu pening dah tak boleh nak tahan. Lepas masak tu terus saya baring aje sampai ke maghrib tadi. Sekarang ni rasa lega sikit setelah makan panadol pastu jelum2 sikit kepala ngan air. Nak mandi 2-3 kali takut selsema pulak. Dahlah hujan lebat kat luar! (Sebenarnya alasannya tu - malas nak mandi yang betulnya he..he..)

menu hari ini sambal tumis udang petai, sayur bayam air, sotong masak kunyit dan bawal goreng

Ummi dah siap2 makanan atas meja kat dapur tapi kat depan tv jugak anak2 nak makan

tengok adik buat perangai - tengah mogok marahkan kakak - tengah makan pun nak buat perangai! sabar ajelah Ummi nie!

gaduh pasal TV - si kakak nak tengok cerita Korea, adik pulak nak tengok kartun - sambil makan pun nak gaduh - memang nak suruh Ummi naik angin la tu!!

2 comments:

ikatankasihku said...

kak fizin, sambal udang ngan ikan goreng tu, mmg fav. ikin..tengok pon dah tau, mesti sedap kan kak.. :)

Hafidzin said...

ikatankasihku - kalau ikin tengok pun sedap - memang sedap betul la tu he..he.. fav kak fizin jugak tu!!