Saturday, March 24, 2012

sukan sekolah

Alhamdulilah, selesai sudah sukan sekolah anak yang berlangsung hari ini. Selama seminggu dua ni anak2 sibuk berlatih sukan dan menghafal lagu2 semangat yang diwakili rumah masing2. Awatif dari darjah 1 mewakili rumah Bendahara (merah) manakala adik pulak rumah Temenggung (biru). Sejak seminggu ni anak2 berperang mulut mengatakan rumah masing2 hebat & boleh menang . Jenuh Ummi & Walid nak pujuk. Si kakak nak Ummi sokong rumah merah, adik pulak nak suruh sokong rumah biru. 

Tahun lepas pun macam ni jugak tapi taklah ketara sangat. Tahun ni yang lebih2 nya. Pagi tadi Awatif suruh saya & suami pakai baju merah pergi Stadium untuk tunjukkan tanda sokongan rumah merah tapi taklah saya nak pilih kasihkan? Kalau pakai baju merah, adik pulak macamana. So nak bagi adil, Ummi & Walid pakai baju warna coklat. Merah pun tak pakai, biru pun tak pakai! Kenapalah pihak sekolah tak masukkan adik beradik dalam rumah yang sama. Kalau sama kan senang!! Buat parents rasa serba salah aje kalau lain2 rumah.

Rumah merah menang lagi! Seperti yang di ramalkan. Rumah merah ni ramai budak2 yang kuat berlari. Rumah merah menang lagi untuk 5 tahun berturut2. Tahun lepas rumah biru kalah - dapat tempat yang akhir tapi tahun ni dapat no. 3. Jadilah tu kan adik? Beriya2 adik hafal lagu semangat ala2 jangan pegang2, jangan pandang2 - rumah biru akan menang!! he..he.. 

Selalunya sukan sekolah ni dibuat pada hari Jumaat atau hari biasa. Last buat pada hari Sabtu, masa tu Awatif darjah 2. So selama beberapa tahun ni saya pergi sorang ajelah pasal suami kerja. Tapi tahun ni sukan ni dibuat pada hari Sabtu so suami dapatlah tengok. Rasanya tahun ni paling meriah. Macam2 persembahan dari anak2 yang menghiburkan. Paling saya suka masa anak2 mempersembahkan lagu2 semangat rumah masing2. Macam2 lagu ada yang diubah liriknya bertemakan sukan. Setiap tahun itu yang paling saya nantikan. Memang best dengar budak2 nie nyanyi he..he..

Cuaca pulak tadi panas sangat2 - Sukan mula dari pukul 9 pagi, pukul 1 lebih baru habis. Pukul 12 tengahari tu betul2 rasa bahang panas. Adik dok bising kata belakang dia sakit kena cahaya matahari. Balik rumah aje terus suruh anak2 mandi basah kepala banyak2. Janganlah esok2 anak2 demam pulak!! Amin!!

alamak! adik terpejam mata lak!

4 khemah yg dihiasi cantik

barisan Temenggung (biru)

nampak pun adik!

barisan Bendahara - merah

Awatif tak nampak pulak kat sini

masing2 berusaha lebih untuk memenangi Pertandingan Persembahan Terbaik

rumah Bendahara (merah)

Panglima (kuning), Temenggung (biru), Laksamana (hijau), Bendahara (merah)



berarak menuju ke khemah masing2



cari2 Awatif kat khemah


masa cari adik kat khemah dia - tengok2 adik makan bihun ngan tangan - tangan tu basuh ke tak pun tak tahulah!!

adik ngan kawan2



Awatif ngan kawan

sejak seminggu ni adik nampak gelap sangat - asyik kena panas aje

Awatif ngan Walid

Awatif ngan kawan - tengah siap sedia untuk sukaneka gelung terbang

gaya mesti lebih - tak kiralah kalah atau menang
sebelum sukaneka bom air - kita posing dulu!



alamak! bola pecah!

saya ngan suami dok puas cari adik - kat khemah tak ada, kat stadium pun x ada - tengok2 dia tengah main bola - orang dok sibuk sukan - dia boleh pulak main bola ngan kawan2!

seperti yang di duga rumah merah menang lagi - dah menang 5 tahun berturut2

Awatif bersama kawan2 meraikan kemenangan berganda - menang sukan tahunan, menang khemah tercantik & persembahan terbaik!

Awatif bersama piala kemenangan

No comments: