Thursday, March 8, 2012

sehari di Kuantan

Tadi saya pergi Kuantan dengan Kak Imah. Mula tu nak tengok Kak Har pastu Kak Imah nak pergi rumah Aja nak tengok2 almari. Ini first time saya pergi rumah Aja. Aja memang jual perabot & hiasan gaya English di rumahnya. Kak Har & Aja ni saya kenal melalui facebook. Bila dah 3 @ 4 kali jumpa terus jadi kawan. Kak Har pernah sekali datang rumah saya.

Orang yang minat gaya English nie selalunya satu kepala he..he.. Pada yang tak minat hiasan English nie tak faham kot! Macam kakak tu - bila datang aje rumah saya selalu cakap dia rimas dengan hiasan rumah saya padahal saya rasa rumah saya taklah sarat sangat macam rumah orang lain. Kalau kakak tengok rumah2 list kawan2 (geng english deco) saya dalam facebook tu tentu kakak pengsan he..he.. Lagi sarat dari rumah Makcik Ram tu!

Bagi saya - dalam menghias tu kita kenalah berpada-pada. Walau minat sekalipun tapi taklah sampai keterlaluan. Hiasan rumah saya nie sekarang rasanya tak sarat sangat. Dinding masih banyak yang kosong dan tak berminat pun nak tambah2 dah. Kalau penuh sangat pun dah tak nampak cantik kot! Tapi kalau orang yang pandai menghias dalam sarat dan penuh pun boleh nampak cantik & sweet. Saya tak pandai sangat nak menghias tapi rasanya rumah saya dah ok kot kan?

Oleh kerana seharian saya kat luar hari ini - apa2 pun saya tak masak. Kek & puding pun tak jadi2 lagi. Esok kot baru nak buat pasal anak2 dah start cuti sekolah. Best jugak anak2 cuti nie pasal Ummi boleh bangun lewat sikit.

Jomlah layan gambar2 kat bawah nie :-

dari kiri Kak Imah Kak Har dan Aja

dari jauh dah nampak perut tuan tanah he..he..

tuan tanah blog bersama tuan rumah

Kak Har sentiasa manis & berseri-seri aje! tahi lalat tu yang mahal!

pilih pilih yang mana satu idaman kalbu! saya tak boleh nak beli dah pasal dalam umah dah penuh! tapi kalau duit penuh boleh gak kalau nak selit almari tu kat mana2 dalam umah nie he..he..

saya berkenan langsir tu - ada idea nanti bila2 kalau nak tukar langsir baru!

saya berkenan betul langsir nie - boleh lah pujuk2 suami tukar langsir baru nanti! langsir sekarang nie hampir 5 tahun tak tukar2 lagi he..he..

saya beli yang ni saja tadi! nak jugak beli walau duit tak berapa nak ada he..he..

No comments: