Monday, March 26, 2012

rabun

Saya pakai cermin mata masa darjah 5. Masa awal2 pakai tu seronok bukan kepalang tapi bila dah lama2 rasa adoi! kenapalah mata rabun? Kenapa mata tak normal macam kawan2 yang lain. Rabun mata ni keturunan family saya. Nak buat macamanakan? Pasrah ajelah - lagipun ini taklah seberapa kalau nak dibandingkan dengan orang yang buta tu. Terus rasa insaf bila fikir macam tu!!

Bila Awatif besar, saya jaga betul supaya dia tak rabun macam saya. Tapi macamana saya jaga pun dah ketentuan Tuhan! Tuhan Maha Kuasa! Awatif rabun macam saya jugak. Dari hujung2 tahun lepas dia dah bagitahu dalam kelas dia tak nampak apa yang ditulis kat papan hitam. Saya ignore aje pasal sebelum tu Balqish baru pakai cermin mata. Saya andaikan dia teringin nak pakai. Tambah2 Afiqah pun pakai jugak.

Dalam sebulan ni hampir tiap2 hari dia merungut dia tak nampak apa yang cikgu tulis kat papan hitam. Saya pun terfikir - mungkin kot dia memang betul2 tak nampak. So semalam kami pergi Kuantan untuk check mata dia. Memang sah dia rabun! Tahap rabun dia kiri kanan 250! Untuk budak seusia dia 250 tu memang tinggi! Sesak nafas saya kejap bila diberitahu macam tu. Dia betul2 ikut Ummi - baru darjah 5 dah pakai cermin mata! Walid cakap - kenapa tak ikut mata Walid. Mata Walid terang - dari jauh Walid boleh nampak. Nak buat macamana Walid - kuasa Tuhan!! Minta doalah adik tak rabun macam Ummi ya!!!

Jomlah layan gambar2 kami pergi Kuantan semalam :-




muka budak lapar tapi tetap senyum

shark fin sup

ikan steam nyonya, sharkfin sup, beancurd with crab meat, squid & prawn butter

"adik makan ngan tangan, boleh tak Walid?"

Awatif tak toleh dah kiri kanan - lapar sangat la tu!

dah kenyang hati pun senang!!

adik & Walid yang senang hati bila perut kenyang he.he.



 
Uncle tu bagitahu cara2 memakai dan menjaga cermin mata yang betul

jangan sebarangan lap cermin tu dengan kain - kena pakai kain yang dikhaskan aje - jangan pakai kain tuala ke, kain tudung ke, kain baju ke! Ummi belasah aje lap cermin mata ngan kain2 yang disebutkan tadi he..he..

tak sempat nak betulkan tudung

muka ada sama tak?

Awatif pagi tadi!

No comments: