Sunday, March 11, 2012

masak2 hari cuti

Dah try buat puding cheese yang saya bagi resepi hari tu? Ha! Kalau belum tu, tengok2 lah gambar2 kat bawah nie, kot2 terliur dan terus nak cuba buat. Puding ni sedap tapi tak boleh makan banyak2. Makan banyak kali tapi dalam kuantiti yang sedikit. Bagi pendapat sayalah. Bila makan sikit2 tu lama2 jadi ketagih pulak. Serius!

Semalam saya buat puding ni pasal teringin nak makan. Bukan anak2 minta tapi Ummi sendiri yang nak makan. Selalunya buat apa2 bila anak2 yang minta. Kali ni saya buat dalam bekas kecil2 macam dalam gambar tu. Senang sikit. Kalau buat dalam bekas besar tu tak boleh nak tutup. Puding ni kena letak dalam bekas yang bertutup pasal masa saya buat hari tu bila tak tutup lepas 2-3 hari bahagian kat atas tu jadi keras. Pastu cheese tu jadi kering & keras.

Hari ni kami anak beranak duduk rumah aje. Saya tak sihat - pening kepala dari semalam lagi. Masa buat puding tu kepala dah berdenyut2 tapi tahan aje. Nak makan punya pasal, sakit pun tak dilayan sangat. Lepas dah siap semua mulalah makin teruk. Nak berdiri pun dah tak boleh. Lepas makan ubat, terus baring. Susah jugak nak tidur semalam pasal kepala rasa memusing, berdenyut & berat. 

Ni pun masih pening lagi tapi nak update blog punya pasal - bertahan aje he..he.. Panadol dah 6 biji telan tapi masih tak baik2 lagi. Plan nak mengemas rumah dengan suami tak jadi lagi lah. Nak kena kemas rumah bersih2 pasal ibu & mak nak datang rumah nie dalam 2-3 minggu. Ibu & mak nak duduk sini dalam 2 minggu kot. 

Walaupun tak berapa sihat hari ini - sempat jugaklah pergi pasar dan masak. Sebenarnya suami pun tak berapa sihat jugak. Doktor sarankan suami banyak makan kat rumah dan kena makan sayur banyak2. So tadi saya belilah sayur macam2 untuk suami antaranya bayam, kailan, lobak putih, bunga kobis, kobis merah & putih. Ini stok untuk seminggu. Suami pesan kalau tak sihat - tak payahlah masak, cuma masak sayur aje. Masak sayur air nie kan senang aje. Tapi sebab saya nie rajin dan baik (he..he..) maka saya tadi masak gulai ikan keli, sayur kailan ikan masin, goreng ikan (yang ni suami goreng pasal kalau goreng ikan keli - meletup2) dan sambal belacan makan ngan petai rebus.

Tadi anak2 try makan petai untuk kali pertama - Awatif, makan walau dok cakap petai tu pahit. Adik, siap makan dengan sambal belacan lagi he..he.. Kesimpulannya - anak2 makan 100% ikut Ummi he..he.. Suami tak sentuh langsung petai tu! Sambal belacan tu saya blender aje. Nak buat sambal belacan tadi tu pun jenuh cari dalam internet he..he.. Lepas tu cal ibu untuk tanya lagi sekali. Ingatkan sambal belacan ni nak kena letak bawang. Dah banyak tahun tak buat. 

satu resepi tu boleh dapat dalam 5 bekas macam nie

dari dekat

sape nak ambillah sorang satu bekas tu!

menu kami hari ini
p/s:- menu esok dah ada - sambal tumis udang petai, bayam air & ikan bawal goreng.

3 comments:

ikatankasihku said...

kak, sedapnya kak tgk semua mknan yg akak buat ni..terliurlah pulak..hehehe

akak mmg teror masak kan..
menu utk hari ni pon dah ada..excelent, cayalah kak fizin :)

Kaz said...

Ina teringin nak buat puding cheese tu tp angin rajin tak mai lg. InsyaAllah, satu hari nanti nak buat juga.

Hafidzin said...

Ikin - kak fizin sebenarnya tak pandai sangat masak - bolehlah kalau sekadar nak bagi family sendiri makan he..he..kena banyak belajar lagi!!

Ina - bila angin rajin datang bolehlah cuba buat hehe... senang aje!