Wednesday, March 28, 2012

kuali vs oven

Sambil mengupdate blog ni sambil dengar lagu ost ombak rindu. Asyik ngan lagu2 Korea aje, apa salah sekali sekala layan lagu melayu kan? Syahdu jugak lagu nie - buat hati dibuai2 perasaan aje.

Ni nak cerita pasal masak pizza tak payah guna oven - pakai kuali pun boleh. Percaya tak? Ha! ni saya nak cerita ya - 2 hari lepas Kak Liza - geng usrah cal saya tanya nak tak belajar buat @ masak pizza menggunakan kuali. Tak payah pakai oven. Buat pizza tu saya dah tahu cuma tang tak payah pakai oven tu yang rasa pelik sikit. So bila Kak Liza cal tanya nak ke tak masuk kelas, saya pun cakap ok. Bayaran untuk cikgu rm10, tambah rm5 lagi untuk beli bahan2.

So pagi tadi saya pun pergilah kelas tu. Bila dah pergi tu baru faham - kelas tu ala2 macam demo tupperware. Ramai gak geng2 usrah yang lain join, rasanya dalam 16 orang kot!  Masa cikgu tu dok ajar cara2 buat doh pizza tu saya kurang ambil tahu sangat pasal perasan diri tu dah pandai he..he.. Time tu saya dok sibuk mengambil gambar. Kawan2 yang lain bukan main fokus kat cikgu.

Bila time nak tunjuk cara2 masak pakai kuali tu saya memang fokus lah! Bila tengok tu - saya rasa baik pakai oven senang! Kalau untuk orang yang tak ada oven tu boleh la kot! Kuali @ periuk tupperware nie memang bagus. Saya ingat kawan saya kat Kerteh dulu, semua barang2 dapur dia pakai tupperware. Bila dia rebus daging tu kejap aje lembut. Bila masak apa2 aje, kejap aje masak. Time tu saya dok usha aje pasal nak beli kurang kemampuan. Sekarang pun kurang mampu jugak tapi bila bayar buat macam duit kutu tu rasanya boleh kot! he..he.. Agak2 saya beli tak kuali tu? Rasanya?? he..he..

Tak boleh cerita panjang2 - tengah siap2 nak buat peach cheese cake. Esok saya tayangkan kat sini ya.

ni rupa kuali tupperware tu

pizza yang belum dimasak

pizza yang dah dimasak



tengah masak daging untuk topping

topping tu ikut suka kita nak letak apa - banyak ke , sikit ke.

dah habis - kita bergambar - ni semua geng2 usrah tapi saya lama dah tak pergi usrah - nak kena berubah nie!!

bukan main lebar saya senyum ya he..he.. tuan rumah dua dari kiri - yang anjurkan Kak Liza yang kat tengah2 yang pegang pizza tu!

No comments: