Friday, March 30, 2012

kisah hari pertama di Kuala Terengganu

Alhamdulilah, dah sampai pun destinasi cuti2 Malaysia kami anak beranak. Rasa agak janggal bila kami 4 beranak aje bercuti. Selalunya kalau nak pergi cuti mana2 mesti ada ibu, mak, kakak & Mak Teh @ Uda. Rasa sunyi aje dalam bilik hotel nie. Tadi masa makan sotong & udang celup tepung rasa tak bersemangat aje. Saya cakap ngan suami rasa tak sedap pulak sotong & udang tu, suami pula cakap bukan pasal tak sedap - benda dah banyak tu yang rasa tak lalu tu. Kalau ramai2 datang makan berebut-rebut, tu yang buat sedap!

Destinasi kami kat Kuala Terengganu aje. Taklah hebat sangat he..he.. Asalnya suami ajak pergi Janda Baik tapi saya rasa eh! macam tak best aje pasal tak ada tempat nak shopping he..he.. Saya pulak bagi cadangan pergi Kelantan tapi suami tak nak. Last2 kami buat keputusan pergi Kuala Terengganu aje. Sekurang-kurangnya bila datang sini boleh ambil peluang beli kain batik untuk buat baju kurung raya. Last beli kain batik untuk raya rasanya 3-4 tahun lepas. Tema kami tahun ni asalnya merah tapi last minute tukar warna hijau pulak. Saya tak sempat pergi Pasar Payang hari ini. Esok baru nak pergi.

Kami bertolak dari rumah dalam pukul 10 pagi. Asal nak bertolak lebih awal tapi pasal Awatif ada program kat sekolah jadi lewatlah kami bertolak. Dalam pukul 9 pagi suami ambil dia kat sekolah. Terpaksa minta kebenaran dari cikgu untuk balik awal. Kalau ikut program tu pukul 5.30 petang baru habis.

Samapi KT dalam pukul 1 lebih. Singgah dulu Masjid Terapung - suami nak sembahyang Jumaat. Sementara tunggu suami sembahyang tu sempat jugak kami anak beranak shopping sikit2 kat situ. Macam2 ada dijual. Saya beli baju tidur batik kat Awatif & baju tidur biasa kat adik. Pakai baju tu malam ni kemudian simpan untuk raya.  Sorrylah Balqish, UmiSu tak belikan untuk Balqish pasal tak ada saiz. Saiz Awatif pun dah XL. Kalau ada saiz mesti UmiSu belikan! Untuk Robin pulak, UmiSu tak beli pasal baju yang ada gambar penyu tinggal satu aje. Yang ada gambar ikan tapi tak cantik. So UmiSu tak belikan. Nanti kalau ada kat Pasar Payang, UmiSu beli  ya!!

Lepas solat tu singgah kedai makan untuk lunch. Kemudian terus check in kat hotel. Lepas tidur kejap, dalam pukul 4 lebih tu keluar balik. Suami nak makan sotong & udang celup tepung. Pas makan tu bawa anak2 jalan kat Pantai Teluk Ketapang sambil tu anak2 berkesempatan cuba naik motor roda tiga. Takut jugak nak bagi anak2 naik motor tu pada mulanya tapi bila anak2 merayu sangat - saya dan suami pun bagi tapi pesan suruh Awatif bawa slow aje. Suami pun cuba jugak - sebenarnya saya pun teringin jugak tapi malu punya pasal tak jadilah he..he..

Sebelum balik beli bungkus nasi kerabu, laksam & laksa Penang (dah nama orang Penang, kat mana2 pun tetap nak pilih yang tu jugak). Beli bungkus tu pasal dah tak larat nak keluar makan malam. Anak2 pun dah letih. Sampai bilik dalam pukul 8 lebih. Lepas makan, terus aje anak2 tidur.

acara wajib - suami buat muka boring he..he..


Walid tutup mata pulak!

sepanjang perjalanan Awatif tidur aje - kat sekolah pukul 11 lebih baru tidur, pastu pukul 4 pagi dah bangun - letih & mengantuk la dia!

Masjid Terapung
kat bilik hotel

Awati cepat peluk Ummi - boleh cover sikit perut Ummi tu he..he..

bukan time cuti sekolah jadi orang tak ramailah - so kami makan dengan senangnya tapi tak best pasal kami 4 beranak aje - teringat masa ramai2 datang hari tu - riuh rendah - hampir2 nak cetuskan peperangan kat situ he..he..


mula2 Awatif bawa adik

pastu Walid bawa adik

selit jap gambar Awatif

Walid bawa Awatif pulak


adik makan laksam - fav dia! anak Terengganu celop he..he..

baju tidur yang baru dibeli

3 comments:

ikatankasihku said...

wah seronoknya tgk semua gambar akak gi bercuti... :)

happy semuanya...

Kaz said...

Sesekali bercuti begini mmg best, dpt rehatkan otak dari segala stress. Kebetulan pula, ina pun tgh dok fikir antara kaler merah dan hijau utk tema raya thn ni.

Hafidzin said...

Ikin - memang best kalau dpt g bercuti ngan familykan?

Ina - boleh la pilih caler hijau jugak - borialah kita nanti he..he.. time raya nanti ina dalam pantang kan? Boleh la fizin g tengok ina nanti! Tak sabarnya nak tgk baby!!