Saturday, March 31, 2012

kain batik Terengganu

Alhamdulilah - dah selamat pun sampai rumah. Puas jugaklah bercuti kali ni walaupun rasa tak meriah. Walaupun sekejap aje tapi rasanya berbaloi!

Aktiviti hari ini bermula dengan bawa anak2 mandi kolam. Sebelum tu breakfast dulu kat hotel. Seawal pukul 7 pagi tadi adik mengamuk lapar. Yang kelakarnya boleh dia berlakon semata2 nak suruh saya & suami bangun pasal dia tak sabar nak mandi kolam. "cepatlah bangun, adik lapar ni macam nak pengsan, adik lapar ni macam nak mati" - boleh dia cakap macam tu! Aish! Geram betul! Kalau betul dia lapar macam nak pengsan tu - tak adalah dia makan bihun goreng semulut aje. Yang betulnya dia tak sabar nak mandi kolam.

Anak2 boleh mandi kolam sejam aje - lebih2 tak boleh pasal takut nanti adik dapat asma pulak. Kang tak pasal2 kena berkampung pulak kat hospital. Lepas mandi tu terus siap2 nak check out. Yang tadi anak2 tak sabar nak mandi kolam - sekarang ni Ummi pulak yang tak sabar2 nak pergi Pasar Payang he..he..

Bila dah banyak sangat pilihan - rambang mata dibuatnya. Mulanya saya dan kakak plan nak warna merah untuk tema raya tahun ni tapi tiba2 sehari sebelum nak pergi Pasar Payang tu kakak cal bagitahu Abang Lee nak caler hijau. Hai! Abang Lee - rindu kat caler hijau ke? Baru aje pencen pun!! he..he.. So bila sampai aje kat PP (Pasar Payang) tu saya pun mulalah pencarian. Rupanya kain batik ni kalau nak cari yang sama caler & sama corak memang susah. Kalau nak sama semuanya kena tempah sebulan awal. Saya tahu sebenarnya tapi macam tak perasan. Bila orang jual tu cakap baru ha!! iyalah, kena tempah kalau nak sama. Nak tempah boleh tapi bila masa pulak nak pergi ambilkan? So saya pilih lah yang mana ada seakan-akan sama. Tak dapat 100% sama - dapat 80% pun jadilah!

Setelah puas tawaf kat PP tu saya terjumpa satu kedai nie. Kedai tu aje yang ada jual kain batik yang seakan-akan sama caler & coraknya. Baju saya & kakak sama corak & caler - Awatif & Balqish sama corak & caler. Kiranya baju saya & Awatif caler aje sama tapi corak beza betul. Tak apalah, janji caler hijau samakan?  Tahun pertama raya ni baju Ummi & Awatif tak sama corak. Yang si Ummi2 punya mahal sikit, anak2 punya beli yang murah pasal sayang beli mahal2. Nanti depa cepat besar, dah tak boleh nak pakai dah.

Lepas selesai shopping tu terus balik. Singgah Dungun kejap jalan2. Dalam pukul 8 malam baru sampai rumah.

Walid paksa adik makan

bukan main susah dia nak makan - tak padan ngan cakap dia tu "adik lapar macam nak pengsan"

dia makan  roti tu semulut aje, pastu tak nak dah
Awatif bergaya ngan tudung baru - boleh share tudung tu ngan Ummi - dia dok bising Ummi pakai tudung singkat - dia nak Ummi pakai tudung labuh he..he..

bukan main suka anak2 dapat mandi kolam

Awatif yang tak reti nak berenang he..he..


AWANG'S kat Rantau Abang - tempat paling bersejarah he..he.. buat sanak saudaraku - ingat lagi tak tempat nie? 12 tahun yang lepas........
Untuk Ibu - baju batik yang sayang beli tadi. Tak tahu ibu berkenan ke tak. Kat kedai tadi bermacam2 jenis dan corak ada, tak tahu nak pilih yang mana satu. Rambang mata dibuatnya.

baju ibu

baju Mak Teh



p/s:- baju kami anak beranak tak ada dalam gambar - saja nak buat surprise raya nanti he..he..

No comments: