Thursday, March 29, 2012

gulai ikan sembilang & chilled peach cheese cake

Semalam saya mendapat pujian dari suami kerana masakan gulai ikan sembilang saya. Rasanya skil memasak saya ada peningkatan sikit!. Oleh kerana sedapnya gulai semalam tu hari ini saya tak masak pasal suami nak makan gulai tu saja. 

Semalam saya bagitahu nak buat peach cheese cake tapi lepas update blog rasa malas pulak nak buat. So pagi tadi baru saya buat. Sebelum buat tu rasa nak makan sangat tapi bila dah siap depan mata saya cuma makan semulut dua aje.  Geram betul! Tiba2 pulak tak rasa nak makan. Suami dan anak2 pun tak makan sangat. Takut tak habis dan membazir saya bagi aje kat jiran2 sorang sikit. Luak lah kek tu - kalau tak jadi hiasan ajelah dalam peti ais tu. 

Awatif tidur kat sekolah malam nie - ada program apa ntah! Sekarang ni tinggal kami 3 beranak aje. Sunyi betul. Lepas maghrib tadi pergi jenguk2 kejap kat sekolah tapi tak nampak pun dia. Yang ada cuma cikgu2 aje. Rasanya time tu  budak2 tu tengah baca Yassin kat surau sekolah.

Esok suami cuti - nak bawa saya dan anak2 jalan2. Kan cuti sekolah lepas kami tak pergi mana2. Duduk rumah aje. So suami kesian - janji nak bawa kami bercuti. Dan suami cakap itu sempena anniversary jugaklah. 2 in 1lah kiranya he..he.. Tidur semalam pun jadilah. Destinasinya kat sini2 jugak. Esok2 saya cerita ya!

Sebelum lupa - nak ucapkan tahniah pada kakak - wah! bukan main lagi sekarang ya - macam2 kek dah buat. Kakak pun dah join the club - selalu cari resepi kat internet sampai Abang Lee pun tegur ' dah jadi macam orang Kemaman dah ke?' he..he.. Dengarnya sebiji kek boleh habis dalam sehari! Memang seronok kalau buat apa2 kat rumah kakak pasal anak2 dia jenis pemakan. Berbaloi kalau buat. Tak membazir punyalah!!

Jom layan gambar2 masakan saya yang tak seberapa :-

gulai ikan sembilang, kailan ikan masin dan ikan goreng sembilang

chilled peach cheese cake - terpaksa letak aluminium foil keliling loyang gara2 loyang loose base tin yang sedia ada tu dah "pencen"

bila potong base biskut tu hancur sikit - malas nak ambil lain dah - tangkap ajelah gambar yang mana ada!

jemput makan adik, kakak, makcik, pakcik semua!!

No comments: