Wednesday, March 21, 2012

Even If I Die, I Can't Let You Go

Tajuknya pun dah gerun kan? Even if I die, I can't let you go! Kalau mati pun tak boleh biarkan si kekasih pergi! Itulah gara2 cinta yang boleh buat orang ketawa dan gembira, menangis dan sedih, gila dan angau, demam dan rindu serta bermacam2 lagi emosi. Cinta tu indah sebenarnya. Kalau cinta itu seiring dengan batas2 agama, InsyaAllah, setiap perhubungan yang dimulai dengan perasaan cinta itu pasti kekal hingga akhir hayat.

Dulu saya pernah merasa cinta yang hebat!  Tapi syukurnya, ianya berakhir di pertengahan jalan. Perpisahan itu memang menyakitkan pada mulanya tetapi Alhamdulilah, kerana perpisahan itulah yang menjadi titik pertemuan saya dan suami.

Kenapa tiba2 saya nak bercerita pasal cinta hari ini ya!! Berat jugak pada mulanya saya nak berkongsi cerita nie kat blog. Saya dah berjanji dengan seseorang supaya hal ini antara dia dan saya aje. Tapi janji saya untuk menolong dia tak akan tercapai kalau hal ini hanya dipendamkan dalam hati saya saja. Sungguh! Saya betul2 nak tolong dia walaupun dia tak pernah minta pertolongan saya. Saya dihubungi seseorang 3-4 hari lepas. Dia meluahkan perasaan hatinya betapa dia memerlukan S (bukan nama sebenar) dalam hidup dia dan meluahkan perasaan kesalnya melepaskan S kerana ego lelakinya. Pilu hatinya bila dapat tahu si dia sudah ada pengganti.

Alah! jiwangnya Kak Sayang nie - mesti ada yang terdetik macam tu kan? he..he.. Kalau bab hati dan perasaan nie saya memang suka layan! Ok, berbalik pada kisah seseorang tadi tu.....

Saya tanya pada dia - dia betul2 ikhlas ke nak balik semula pada S? Dia cakap ya - setelah berpisah selama beberapa bulan nie baru dia sedar S amat penting dalam hidup dia. Dia menyesal sangat2.  Tapi dalam pada tu jugak, dia tak mahu hati si S terluka. Kalau betul si pengganti tu dapat membahagiakan si S - dia rela melepaskan S walaupun hatinya hancur. Kebahagiaan S paling utama, katanya! Tak sanggup lagi melihat air mata duka si S nie!!

Nasihat saya pada dia - jangan putus asa memujuk S. Saya percaya hati S masih lagi sayang padanya. Bercinta 4@5 tahun, tak akan semudah itu boleh lupa. Si pengganti tu seakan-akan mengambil kesempatan di saat hati S bergelora. Saya bagitahu dia supaya jangan risau kerana si pengganti ni tak diterima oleh keluarga S.

Penting untuk dinyatakan kat sini - saya memang tak suka pada yang tak setia pada cinta.  Dikhianati dengan teruk suatu masa dulu membuatkan saya cukup benci pada yang curang. Tetapi kisah ini lain ceritanya. Saya bukan nak si S berlaku curang dengan kembali semula pada si dia. S tahu hubungan dia dengan pengganti tu tak akan berakhir sepertimana yang dia nak. Dari awal dia sudah tahu tapi dia nak juga bermain dengan api. Bila dia dah terbakar - dia nak salahkan semua orang. Kalaulah dia dari mula sudah tetapkan hatinya - taklah sekarang dia bercelaru!

Kalau ada yang terasa cerita ni kisah dirinya - jangan cepat melatah! Dia hubungi saya hanya nak semua orang sokong pilihan kekasih hatinya dengan si pengganti tu - dia tak nak kekasih hati sengsara dah! Dia menyesal sesungguh-sungguhnya! Kalau betul tiada jodoh dia dengan S, dia rela asalkan si S nie bahagia.

Buat yang terasa tu - ambillah langkah yang bijak. Buat apa nak susahkan diri dengan masalah yang dari awal boleh kita elak. Pilihlah orang yang menyayangi kita bersama dengan restu keluarga. Keluarga lebih penting dari segala-galanya. Buatlah keputusan berdasarkan akal & fikiran dan bukannya berdasarkan kata hati yang beremosi!!



p/s:- terasa diri macam pakar pasal bab cinta lah pulak!!! he..he..

2 comments:

bidadarindu said...

Kasi la hint sikit...S tu saper? S tu Sedara ker?ataupun Saodah...hi hi hi...

Hafidzin said...

Bidadarindu - S tu seseorang yang kita kenal he..he..