Thursday, March 8, 2012

cerita pendek

Nak cerita panjang2 kat sini tapi tak ada idea nak mengarang. Dah tak ada idea apa hal nak jugak sibuk2 kat sini kan? Duduk ajelah diam2. Tapi kan saya nak jugaklah cerita sikit2 he..he..

Esok dah mula start cuti sekolah tapi saya dan anak2 akan duduk kat rumah aje. Sepupu2 saya kurang percaya yang saya dan anak2 tak akan pergi KL cuti sekolah nie. Sila percaya ya wahai sepupu2 ku! he..he.. Ini merupakan yang pertama kali cuti sekolah kami anak beranak duduk kat rumah. Selalunya esok start cuti, petang ni kami dah pergi KL. Tapi kali ni berbeza ya. Cuti sekolah ni nak duduk rumah aje ngan anak2.  Nak pergi mana2 pun tak boleh pasal suami sibuk ngan kerja. Ntah2 hari Sabtu & Ahad pun kena kerja jugak!

Dalam kepala saya nie macam2 benda saya nak buat. Sepatutnya semalam saya nak buat puding cheese & kek cheese bersalji tapi saya rasa pening kepala sangat. Dah rasa sikit2 sejak pagi semalam tapi bila tidur kejap pening tu hilang tapi petang rasa pening tu mai balik sampailah ke malam. Habis tergendala projek kek saya semalam.

Apa sebab saya rajin sangat tiba2 kan? Motif utamanya nak tayang kek banyak2 kat blog nie bagi sepupu2 saya terliur he..he.. Eh! tak lah!  Sebenarnya saya pun tak tau tiba2 aje teringin nak makan macam2. So bila teringin tu kenalah buat sendiri kan?

p/s:- tengah siap2 nak pergi Kuantan nie - pergi ngan kawan2! 

p/s:- puas & lega (motif rasa macam tu pasal apa tak taulah he..he..) bila tengok Wani & Mira update blog - sepupu2 yang lain tu bilalah nak update blog! mesti depa kata depa sibuk - kak sayang lainlah kerja tak ada - mesti dalam hati depa cakap macam tu kan? kan?

1 comment:

bidadarindu said...

Nujum pak belalang yer....