Tuesday, March 6, 2012

bila angin rajin datang...

Anniversary hari tu tak sambut sangat pun. Suami pulak sibuk dengan kerja sampai hari Ahad pun kena kerja jugak. So kami sambut dengan makan kat Secret Recipe aje Ahad petang tu. Sebelum tu Ahad tengahari tu saya bawa anak2 pergi jalan2 kat The Store pastu lunch kat A&W. Dah suami kena kerja kami 3 beranak ajelah yang keluar. Mulanya malas jugak tapi kesian pulak kat anak2 yang boring duduk aje memerap kat rumah dari hari Jumaat. Ahad tu anak2 cuti pasal hari Keputeraan Sultan Terengganu.

pasal Ummi rasa Ummi dah ge.... (takleh nak sambung dah perkataan tu he..he..) so Ummi malas nak letak gambar Ummi dalam blog nie - biar kurus sikit baru Ummi interframe he..he..

bila Ummi nak ambil gambar terus dia buat action makan timun!

kat SR - Awatif makan nasi goreng thai

kat A&W - Awatif makan mozza burger special edition!

adik makan ayam goreng - sekarang dia suka ambil gambar ngan action tengah makan!

Menu hari ini sambal tumis udang petai, sup suun pucuk, ikan & ayam goreng. Lepas selesai masak semua tu baru saya buat kuih lapis. Dah banyak hari dah terasa nak cuba buat pasal adik suka sangat kuih lapis tu. Setiap kali pergi pasar malam mesti beli kuih tu. Bila tengok resepi tu terus rasa alah! senang sangat nak buat. Betul! Senang sangat2. Kalau pejam mata pun boleh buat kot! he..he.. Melampau la pulak statement tu kan?

Lepas dah selesai buat kuih lapis tu buat la pulak marble cheese brownies. Ini permintaan Awatif yang nak sangat Ummi buat dari hari Ahad lepas. Sampai merajuklah dia tadi bila lepas maghrib Ummi tak buat2 lagi. Sekarang ni bukan main sakan depa dok mengarah Ummi buat macam2. Kalau makan tu Ummi tak kisah - penat2 Ummi buat kalau tak makan HA! tu yang buat Ummi naik angin tu!!

Jom kita layan gambar2 masakan saya yang tak seberapa nie :-

menu yang simple

marble cheese brownies

dari dekat - ada sesiapa yang teringin tak?

kalau teringin ambillah sorang satu!

akibat potong panas2 ha! macam ni lah jadinya!

rasanya kuih ni tak ada sape yang teringin kot!

buat satu loyang kecil nie aje - tengoklah saya potong habis jadi sememeh!!

bila angin rajin datang adalah benda atas meja tu! kalau malas - apa pun tarak!!
p/s:- adik dok puji kuih lapis saya sedap - best dengar bila dia cakap "Ummi ni pandailah buat macam2 "he..he.. esok tak sabar2 dia nak bawa bekal pergi sekolah.

1 comment:

ikatankasihku said...

hamboi, mkn sakan ni...

umi mmg pandai dan kreatif..kenyanglah kakak n adik tu... :)