Saturday, March 3, 2012

anniversary yang ke 12 tahun

Alamak! Dah pukul 12 lebih - tak sempat nak publish entry ni tepat2 2hb Mac. Dari petang tadi dok sibuk kat dapur. Mula2 buat roti boy (Mexican Bun), pastu buat laksa, last baru buat kek. 2hb adalah anniversary saya dan suami yang ke 12 tahun. 12 tahun? Dengar macam lamakan? Tapi saya rasa cepat aje - macam tak percaya pun ada jugak he..he... Dah 12 tahun dah saya berkahwin dan ikut suami merantau ke Pantai Timur ni. 

Teringat dulu masa waktu baru2 kahwin. Asyik rasa tertekan aje. Dahlah tak kenal suami pastu kena merantau jauh pulak sampai ke Terengganu nie. Dah tu tak berkerja pulak. Memang hati saya bergelora aje time tu. Mujur suami banyak membantu saya & memahami saya sampailah ke hari ini. Masa saya kahwin tu umur saya 25 tahun. Rasanya macam 25 tahun tu dah bersedia dah tapi tak jugak. Saya ambil masa 2 tahun untuk sesuaikan diri dengan status sebagai isteri, tak bekerja dan jauh dari keluarga. Lepas 2 tahun tu baru rasa hati tu ringan aje, kalau tak sebelum tu rasa berat aje.  Kehadiran Awatif membuatkan hidup saya lebih berbunga2 -3 tahun kemudian adik pulak hadir dalam hidup kami. Rasanya dah lengkap hidup saya & suami. Moga jodoh saya dan suami berpanjangan hingga ke akhir hayat!  Amin!!

Lama dah saya cuba nak buat Italian Rainbow Cake ni tapi asyik tertangguh aje. So tadi sempena anniversary, saya cubalah buat kek nie. Asalnya nak buat awal tapi bila dah ready2 nak buat tengok2 butter tak cukup. Tak perasan dalam resepi tu nak kena pakai butter banyak. Nak keluar pergi kedai malas pasal sepanjang hari hujan aje. So bila dah malas nak keluar, terpaksa lah tunggu suami balik kerja baru beli. Last2 hampir pukul 12 tengah malam baru kek ni siap. Suami & adik pun dah tidur. Awatif aje yang belum tidur lagi. Sempat lah kami 2 beranak tadi makan kek nie.

Bila nak decorate kek tu tadi saya rasa pelik, kenapa kek ni tinggi sangat. Rupanya saya tersilap tengok. Kena pakai loyang 9' tapi saya pakai loyang 6'. Mana pulak saya tengok loyang pakai 6' inci tak tahulah. Boleh saya pergi beli loyang 6' tu semata2 nak buat kek nie. Adoi! lain kali kena perati (tengok) betul2 lah ya sayang ooi!!!

Kek ni rasa macam butter cake biasa tu cuma ada butter cream aje. Nanti saya sharekan resepi tu kat sini ya!. Oh! ya, untuk Yan - Happy Birthday ya! Semoga panjang umur, dimurahkan rezeki lagi supaya bila2 boleh belanja kak sayang, badan sihat & lebih  bahagia disamping family tersayang. Kek ni kak sayang buat untuk Yan jugak lah. Tapi tengok & makan dari jauh aje lah ya! he..he..

 Jom kita layan gambar2 kat bawah nie:-

6 caler - abaikan mangkuk yang bercampur2 tu - lepas nie nak kena beli mangkuk asing untuk, buat kek!

tengah tunggu sejuk!

saya dah fed up dah nak hias2 kek ni pasal tangan memang tak berseni langsung!

dalam tu dah ok dah cuma kalau pakai loyang 9" baru lah betul2 jadi - taklah tinggi sangat kot kalau pakai loyang 9".

tengok lagi sekali - tinggi macam menara KL pulak! he..he..

jemput makan ya semua!!

hari tu buat roti boy saya malas nak buat sebiji2 macam nie tapi tadi terajin pulak so inilah rupa roti boy saya hari ini! belum masak lagi!

rupa dah masak - makan panas2 sedap!!

ambillah sorang sebiji he..he..

1 comment:

Kaz said...

Happy anniversary Fizin dan Lan. Ina doakan agar kebahagiaan dan kesejahteraan hidup sentiasa mengiringi hidup Fizin sekeluarga. Dah 12 tahun berlalu, rasa mcm kejap je kan.