Monday, February 13, 2012

Puding Berlapis Cheese..sedap!

Lama tak buat entry masak memasak nie kan? Tapi walaupun tak buat entry masak2 kat blog ni tapi saya tetap masak jugak. Biasanya saya masak simple2 aje. Selalunya sayur apa2 masak air, pastu ikan goreng ataupun ayam goreng. Itu ajelah menu utama saya. Simple yang amat-amatkan? 

Kalau nak masak yang hebat2 tu saya tak pandai sangat. Lagipun anak2 pun kurang makan kalau masak yang berat2 nie macam gulai ke, masak lemak ke atau sambal tumis. Budak2 tu kalau ada ayam goreng aje pun dah cukup. Suami pun tak kisah sangat janji ada makanan tersedia kat atas meja. Mujur dia jenis yang tak cerewetkan? Sekali sekala ada jugak tanya kat dia - apa yang dia nak makan. Selera dia pun lebih kurang macam anak2 jugak - dia pun tak suka makanan pedas pasal perut dia tak tahan.

Selalunya dulu beras kat rumah saya ni 5 kilo boleh bertahan sampai 2 bulan - kadang2 tu sampai dah berkutu. Iyalah dah tak selalu masak. Tapi sekarang ni beras 5 kilo bertahan dalam 3@4 minggu aje. Dah tiap2 hari masak so cepatlah habis berasnya! Tambah pulak Awatif sekarang suka bawa bekal nasi goreng so tiap2 pagi saya kenalah bangun awal untuk goreng nasi. Tapi tidaklah tiap2 hari - sejak 2 minggu ni adalah dalam seminggu tu 2@3 kali saya sediakan nasi goreng untuk dia. Adik pulak selalunya bawa bekal nasi goreng tak pernahnya habis. Bila tanya kenapa tak habis - alasan dia bagi - kawan2 tak nak share makan nasi goreng dengan dia. Tapi kalau bawa sandwich, roti atau pizza - memang habis licin pasal kawan2 berebut nak makan. Siap pesan suruh esok Ummi awak buat lagi tau - pastu siap pesan sorang2 nak berapa keping he..he.. Selalunya kalau saya buat roti atau pizza saya akan bawa lebih untuk dia share ngan kawan2. Budak2 kan? Nasi memang tak suka makan kot! Sama macam adik jugak lah!!

Dalam seminggu ni saya tak buat kek pun cuma buat chocolate cupcakes aje pasal Awatif nak makan sangat. Tapi bila buat tak ada dia makan sangat pun. Itu yang kadang2 jadi malas aje nak buat kalau depa kata nak makan apa2. Adik asyik minta buat butter cupcakes tapi saya jadi malas nak buat pasal tahu sangat nanti dia makan sebiji aje. Setakat nak makan sebiji tu baik tak payah! 

Sebenarnya saya ada keinginan nak cuba buat 4 jenis kek yang hot! Amboi! hot sangat ke? he..he.. Sebenarnya saya nak mencabar diri saya untuk mencuba membuatnya! Kek Pavlova, Alhamdulilah, saya dah berjaya membuatnya walaupun tak 100% jadi tapi bolehlah jugakkan? Kek yang jadi impian saya ialah 1) Italian Rainbow Cake - 2) Red Velvet Cake - 3) Opera Cake - 4) Macaron  (ni bukan kek la tapi termasuk dalam list yang saya teringin nak buat).

InsyaAllah - dalam sehari dua ni saya nak try buat Italian Rainbow Cake dulu. Loyang 6' saya dah beli - bahan2 pulak semua dah ada, cuma tunggu masa yang sesuai aje nak buat. Minta2 tu percubaan pertama terus berjaya. Rasa berdebar2 jugak nie - macam buat pavlova kek dulu tu lah - rasa dup dap dup dap dalam hati. Macam nak ambil periksa pulak! he..he..

Saya nak sharekan satu resepi kat sini. Pada siapa yang suka makan cheese cake cuba try resepi ni. Ini puding tapi rasanya ala2 cheese cake sikit. Nama resepi ni Puding Berlapis Cheese. Resepi ni Kak Imah yang bagi. 2-3 hari lepas dia bagi puding ni satu bekas - sebelum tu saya bagi roti dekat dia - so kiranya dia balas balik lah. Bila dah makan tu terus cal dia minta minta resepi - anak2 suka pasal ada rasa cheese.

Puding Berlapis Cheese
Bahan2 :-
1)1 kotak whipping cream (yang besar)
2)1 kotak keju cheddar  (kraft)
3)1 bungkus biskut marie perisa original
4)1 tin fruit cocktail
5)1 tin longan atau laici
6)1/2 tin susu pekat manis
Cara2nya :-
1) Di dalam mangkuk berasingan pukul whipping cream dan susu bersama. Jangan terlalu lama - sebatikan sahaja. Ketepikan.
2) Parut keju dan ketepikan.
3)Mula2 ambil 1@2 senduk campuran whipping cream dan susu tadi dalam bekas kemudian susun biskut marie - kemudian taburkan fruit cocktail dan airnya sikit (cuma air longan/laici aje - air dari fruit cocktail tak payah) - last taburkan keju yang diparut tadi.
4) Ulangi proses selapis demi selapis tapi kat atas sekali diliputi keju. Simpan dalam peti ais - 3@5 jam baru best makan.

Senang ajekan nak buat? So kalau siapa2 nak suka cheese cake tu try lah buat. Tak rugi! Percayalah he..he.. Saya baru buat tadi - gambar kat bawah nie. Tak sabar nak buat bagi ibu, kakak & abang Lee, mak2 sedara & sepupu2 makan he..he.. Selalunya saya buat asyik2 puding jagung berkuah aje - kali ni lain lah sikitkan?

buat pizza malam Sabtu lepas atas permintaan si bujang kecil tu!

jemput makan! tapu rupanya macam kureng aje kan? he..he..

Ha! inilah puding berlapis cheese tu? nampak sedap tak? kalau nak tahu kenalah cuba kan?

satu adunan resepi tadi dapat banyak nie!

dah lama saya cari benda ni - senang nak parut cheese - baru beli hari ini kat Giant - kerja jadi mudah!

Chocolate cupcakes - Kalau bagitahu Awatif yang buat ni tentu orang percaya pasal comot2 he..he.. tapi sebenarnyani bukan kerja si anak tapi kerja si Ummi - nak buat macamana kan? si Ummi tak berseni langsung!

cucur udang - makan panas2 sedap!!

si adik pakai sweater tu pasal baru keluar dari bilik aircond - mengada betul!

cepat! siapa lambat tak dapat makan he..he.. abaikan tali yang terkeluar kat kerusi tu - jenuh letak gam macam2 dah tapi asyik2 terkeluar aje! adakah itu maknanya nak kena beli kerusi baru?? he..he..

1 comment:

Kaz said...

Tq for sharing the recipe Fizin, npk sedap sgt. Nanti boleh try buat. Hari ni ina mc, selsema teruk, bersin tak berhenti2. Pi klinik, doktor bg ubat yg org pregnant boleh mkn. Tp slps mkn, habis mata ina bengkak dan badan gatal2. Sekrg ni allergic kat ubat semakin menjadi_ jadi.