Wednesday, February 22, 2012

The Moon that Embraces the Sun

The Moon that Embraces the Sun - mula2 tak berminat langsung nak tengok drama ni. Tapi 3-4 hari lepas tiba2 aje terasa nak tengok drama ni  tapi tak mula dari episod 1. Saya tengok episod ke 14 dulu. Bila dah mula tu susahlah nak berhentikan? So kerja saya 3-4 hari ni dari pagi sampai ke malam - duduk depan komputer tengok drama ni dari episod 1. 

Walau tengok drama ni siang malam tapi kerja rumah taklah lepas tangan. Masak tetap masak cuma masak yang simple2 macam biasalah. Kek kata nak buat dari minggu lepas tapi tak buat2 pun lagi. Butter tu asyik keluar masuk peti ais aje. Bila hati rasa nak buat - keluarlah butter pastu bila badan rasa malas - simpan balik butter tu dalam peti ais. Macam tu lah keadaannya sejak seminggu nie. Hati tu rajin cuma badan tu yang malas. Tak bekerjasama langsung he..he..

Hari ni dah habis pun saya "khatam" drama tu - cuma tunggu episod baru ajelah sekarang ni he..he.. Drama Korea nie memang berhantu betullah. Ini pendapat sayalah - pada yang tak minat tu mungkin tak heran kan? 

Saya cadangkan pada yang minat drama romantik2 tu - jomlah kita tengok drama nie. Memang tak rugi! Sesiapa yang stress tu rasanya boleh hilang kot!



p/s:- sebenarnya tengah risaukan seorang kawan - teringat betul kat dia!!

No comments: