Thursday, February 23, 2012

macam-macam cerita

Hari Sabtu lepas pergi KSH - Dr nak check keadaan Awatif macamana selepas operation buang tonsil bulan lepas. Alhamdulilah, semuanya ok. Dr kata lepas ni tak payah risau dah! Syukur! Lega saya bila dengar Dr cakap macam tu!

Lepas tu kami makan steambot- lama tak makan. Anak2 pun suka makan steambot ni - suami aje yang kurang. Dah makan tu terus kami balik. Itulah bezanya bila keluar time hujung bulan dengan tengah bulan he..he.. Kalau time hujung bulan tu bukan main lagi berlagak - pergi sana, pergi sini, pagi makan lain, tengahari makan lain, petang & malam makan lain! Tapi bila time tengah bulan - makan sekali aje untuk pagi, tengahari, petang & malam he..he.. Itulah antara sebab suami tak suka keluar pergi mana2 time tengah2 bulan. Ada tak sesiapa yang ada pengalaman macam nie? Orang yang banyak duit tu tok sah cakap lah kan? Time mana pun tak kisah kalau nak keluar pasal duit sentiasa ada!

Jom kita layan gambar2 masa kami anak beranak pergi Kuantan Sabtu lepas :-

adik suka betul makan steambot

Awatif makan sampai tak dengar Ummi panggil!

dalam kereta

amboi! sukanya adik!

muka sama tak?



tebalnya roti jala nie he..he..

jemput makan!

budak yang boring makan nasi

sambil makan sambil tengok tv sambil main laptop - 3 in 1!

menu anak2 untuk hari ini! cendawan & fishball goreng kunyit!
Ni tanda2 awal nak kena beli TV baru! he..he.. Rasanya dalam Kemaman ni rumah kami aje yang pakai TV macam nie! Selagi tak rosak sepenuhnya lagi baik kita pakai dulu kan?

dari jauh tak nampak kekurangannya!

Ha! dah dekat baru tahu he..he.. setiap kali nak onkan tv kena letak pencungkil gigi- macam dalam gambar nie lah! hebat tu! he..he..

1 comment:

bidadarindu said...

he he...tv kat umah kami lagi best...cuma dapat tengok gambar jek...sumer pelakon bisu...suara x keluar...layan jugak la...hu hu....