Friday, February 3, 2012

ikan masak taucu, kek karamel, sagu gula melaka

Saya tak pernah beli taucu dan tak pernah masak letak taucu. Bukan tak suka tapi rasa macam kurang sikitlah. Arwah makcik suka masak bihun goreng letak taucu. Memang sedap! Baru2 ni  masa beli barang2 dapur ternampaklah taucu ni. Tanya suami suka tak taucu - suami cakap suka jugak. Saya pun belilah satu - saja nak try masak tengok macamana. Kalau sedap bolehlah masak selalukan? Yang buat saya lebih teringin nak mencuba tu - lepas tengok rancangan masakan Icip-Icip kat astro. Nampak macam mengancam aje. Saya kan pantang tengok makanan - memang mudah tergoda! he..he..

So hari ini saya masak lah ikan bawal masak taucu. Puas jugaklah cari2 resepi kat internet. Sebenarnya tak lah susah sangat nak masaknya. Caranya lebih kurang masak asam jugak cuma tambah taucu aje. Rasanya bolehlah tahan. Anak2 pun tak cakap apa - makan aje budak2 tu! Suami makan pun tak cakap apa - tapi makan bertambah lah! he..he.. Nak harap dia puji sedap - dalam mimpi kot he..he..

Lepas dah selesaikan makan tengahari saya buat Kek Karamel. Tiba2 aje teringin nak makan. Sejak rajin buat roti ni - kek lama tak buat. Kek pavlova tu tak macam kek sangat rasanya. Sepatutnya kek karamel ni kena makan sejuk2 baru mengancam tapi dah tak sabar sangat nak makan tadi - terpaksalah makan panas2. Kuranglah sikit rasanya tapi bolehlah nak hilangkan mengidam tu he..he..

Dah selesaikan kek - buat sagu pulak. Makan dengan gula melaka & susu cair. Awatif yang nak makan sangat. Mendayu2 minta tadi kat Ummi! Badan dah penat tapi rasa kesian pulak kat dia. Dah berjanji dengan dia hari tu bila dia dah sihat - mintalah apa2 kat Ummi, mesti Ummi buatkan. So walau dah penat tadi kena lah buat jugak. Lagipun tak lah susah mana pun kan?

Jom kita layan gambar2 nie :-

sayur tauge hijau (kot namanya - tak pasti) dan ikan bawal masak taucu

oven yang banyak berjasa

kek karamel

potong pun sememeh aje - tangan keras betul kan?

jemput makan!

lepas buat kek, buat sagu ni pulak - Awatif nak sangat!

2 comments:

Kaz said...

Rajinnya Fizin. Untung husband dan anak2 Fizin. Oh ya, Fizin boleh sms tak no hp Fizin dan bidadarindu, hari tu ina reformat hp, hilang pula semua no hp.

Hafidzin said...

Kazrina - baru perasan comment Ina nie! esok pagi nanti fizin sms ya! Sebenarnya tak rajin mana pun - dah anak2 nak makan terpaksa lah buat he..he..