Saturday, February 4, 2012

Dungun

lama tak ambil gambar macam nie - tengoklah pipi saya yang membulat tu he..he..sekarang ni memang tak jaga makan langsung - semua bedal aje!

Semalam saya ajak suami pergi Kerteh hari ini - ada hal nak jumpa kawan kejap. Pastu suami ajak pergi Dungun terus. Dia nak makan laksa kat Dungun. Laksa situ memang sedap! Dulu2 selalu makan kat sana. Saya ni kalau bab berjalan ngan makan memang tak pernah tolak kan? he..he..
So tengahari tadi lepas Zohor kami pun bertolak. Mula2 singgah makan nasi dulu kat Kerteh pastu jumpa kawan kejap. Lepas dah selesai semua baru kami bertolak ke Dungun. Dari Kerteh ke Dungun adalah dalam 35 ke 40 minit. Bila sampai kat Dungun terus tuju kedai makan dulu. Tapi tak ada rezeki kami - kedai tu tutup gara2 jalan kena repair. Di tambah pulak sepanjang jalan pantai tu kena tambak ngan batu gara2 rosak teruk akibat dilanda ombak besar baru2 ni.

Suami frust tak dapat makan laksa tu - dah lah jauh2 datang kan? So untuk ubati hati yang frust tu kami makanlah kat kedai2 yang berdekatan kot2 lah rasa dia sedap jugak. Tapi bila makan tu lagi menambahkan luka di hati he..he.. Tak sedap langsung! Rasanya saya buat lagi sedap kot! Mujur ada makanan lain iaitu cempedak goreng ngan sotong celup tepung yang sedap walaupun dah sejuk!

Lepas dah makan tu bawa anak2 pergi pantai - pastu pergi taman permainan. Anak2 suka betul. Iyalah, dah lama tak bawa depa pergi taman permainan. Lepas dah puas main, kami pun balik. Ingat nak singgah beli ikan segar kat tepi2 pantai tu tapi tak ada orang jual pun. Suami kata mungkin sebab ombak besar jadi nelayan tak pergi ke laut. Mungkinlah kot pasal selalunya memang penuh orang jual ikan segar kat sepanjang pantai tu. Tapi hari ini seorang pun tak ada!

Ombak memang besar pun - takut tengok! Angin pun kuat benar. Jomlah kita layan gambar2 yang sempat saya ambil tadi.



saya memang pantang betul kalau orang buang sampah dari kereta! tak ada kesedaran sivik!

adik tanya - Ummi kat sini ada kedai "buncit" tak? ha..ha.. bila saya gelak dia cakap - Ummi gelaklah "kuas-kuas" - kelakar betul lah adik nie - pastu dia sambung balik - adik tahulah adik cakap pelat! he..he.. buncit tu sebenarnya runcit - kuas2 tu puas2!



kedai yang  laksa sedap tu yang hujung sekali - terpaksa ditutup buat sementara waktu pasal kerja2 tambak jalan & pantai nie lah!

suami & Awatif makan sotong celup tepung & cempedak goreng





saya tahu kalau tengok gambar ni mesti orang sangka saya dah pregnant tapi belum lagi ya!! he..he..


suka tengok gambar nie!





suami sapa lah nie ya he..he..







No comments: