Monday, February 27, 2012

cerita campur-campur

Dalam entry kali ni ada macam2 cerita. Malas nak buat 2-3 kali -  kali ni entry panjang sikit lah ya. Bermula dengan cerita, Khamis lepas kawan Awatif datang tidur kat rumah. Lama dah dia minta kebenaran dari saya & suami untuk izinkan kawan dia bermalam kat rumah. Saya sebenarnya tak kisah. Yang penting mak & bapa dia bagi kebenaran.

So lepas sekolah Khamis tu saya pergi rumah kawan dia tu pasal Siti (nama dia) nak ambil baju. Sambil tu saya boleh berkenalan dengan mak Siti. Mak Siti ni Uztazah. Sekarang tengah bercuti selepas bersalin anak kembar. Sempat jugaklah saya jaga kejap kembar tu sementara mak Siti yang saya panggil Kak Lah siap2kan baju Siti dan adik dia Balqish untuk tidur kat rumah saya.

Kak Lah ni ada 9 orang anak. Siti anak yang ke 5. Kembar tu rasanya dalam 3-4 bulan kot. Comel sangat. Dua2 lelaki. Yang si abang tu kurus sikit - si adik tu debab sikit. Saya & Awatif dok geramkan si adik tu pasal muka & pipi dia tu bulat sangat. Puas jugaklah saya dukung si kembar tu. Saya tak bawa camera hari tu - kalau tak boleh sharekan kat sini gambar si kembar tu! Tiba2 teringin pulak nak anak kembar! he..he..

Adik Siti, Balqish pun ikut sekali. Dia satu kelas dengan adik. Adik jadi malu2 pulak hari tu he..he.. Bila tanya adik, itu ke awek adik yang Imran selalu ejek tu? Bukan main adik melompat cakap bukan. Sumpah nama Allah, adik tak ada awek! he..he.. Bukan main budak2 sekarang kan? Baru darjah 2 tapi kawan2 dah pandai usik cakap ada awek! Jangan risau adik, Ummi percaya cakap adik! 

Oleh kerana adik ada so sepanjang hari Khamis tu budak2 tu bertudung 24 jam. Adik kan bukan muhrim so aurat kena jagalah kan? Si Balqish tu pun bertudung sampai ke malam. Saya tengok pun naik rimas tapi tak mau cakap apa2. Tapi dah nama pun budak2 kan? Esok pagi tu tengok2 tudung dah tak ada he..he.. Agaknya rimas kot? Atau rasa tak selesa? Budak2 tu tidur semalam aje kat rumah - Jumaat petang tu dah hantar depa balik rumah.


roti boy - buat malam tu untuk breakfast budak2 tu esok pagi! gambar roti yang dah masak tak sempat nak ambil!

tengok adik duduk macamana - dah jadi tabiat dia suka duduk macam tu sambil makan! - adik sorang aje kumbang he..he..

menu tengahari - sup suun pucuk & ikan goreng

Awatif dah ikut macam suami - masam mencuka bila bergambar - susah betul nak senyum!
Sabtu lepas kami pergi Kuala Terengganu untuk berjumpa dengan Uda, Farah & Ain. Ofis Uda buat rombongan ke Kuala Terengganu dan Kelantan. Kami berjumpa kat Pasar Payang. Saya kononnya nak beli baju batik yang harganya 3 pasang rm100 tu tapi rupanya saya tersilap tengok hari tu. Kain tu bukan batik, cuma corak aje corak batik.

So saya tak beli lah kain tu - beli baju kelawar aje lah. Uda & Farah beli lah kain batik - cantik2 kain yang Farah pilih. Farah beli 3 pasang, Uda beli sepasang. Mulanya Farah nak beli 2 pasang aje tapi saya yang suruh Farah tambah lagi sepasang. Iyalah - alang2 dah datang jauh2 kan?

Dalam pukul 5 tu Uda dah balik. Rasa kejap aje jumpa Uda - tak puas nak bergossip lama2 he..he.. Lepas hantar Uda anak beranak kat bas - kami pun bertolak balik. Tapi sebelum tu singgah makan sotong & udang celup tepung. Kali ni makan kat tempat lain - malas nak pergi tempat yang selalu kami pergi tu pasal dah serik rasanya.

anak2 yang keletihan kat Pasar Payang

sambil shopping sempat lagi bergambar

Farah dok ralit pilih kain

Ummi Ain ngan adik

Ummi Farah ngan Awatif

sempat bergambar kat depan bas Uda

ni Awatif yang ambilkan!

sotong & udang celup tepung



Ummi makan sedap sangat sambil tutup mata he..he..
Tamat sudah riwayat hidup TV itu setelah berjasa selama hampir 11 tahun. Walaupun rasa sayang tapi terpaksa jugak berpisah. Kalau setakat rosak tu boleh jugak nak repair tapi TV tu meletup hari Jumaat lepas. Bukanlah meletup kuat tapi memang meletup lah! Bau hangit satu rumah! Terus tak berani nak pakai dah. Kalau boleh repair nak jugak pakai tapi masalahnya kat dalam tu dah habis terbakar!

So setelah TV tu rosak barulah kami berpeluang nak beli TV LCD. Orang lain dah bertahun dah pakai - kami baru nak merasa. Sekarang ni TV dah canggih. Macam2 ada, ada LCD lah, LED lah, Plasma lah. Suami kata sekarang smart TV pun dah ada. Saya sebenarnya tak faham sangat tapi iyakan ajelah.

Nampaknya hadiah anniversary saya bulan depan tak adalah lah - gara2 beli TV baru nie!! Itulah yang suami saya cakap he..he.. Saya sebenarnya tak kisah sangat pasal TV ni! TV apa2 pun tak kisah janji boleh tengok. Saya jarang tengok TV sekarang ni - itu yang rasa tak kisah sangat tu. Tapi kalau PC atau laptop yang tak ada -  Ha! itu saya bising lah! Silap haribulan boleh mogok tu he..he..

selamat tinggal

selamat datang


Hari ni saya masak sup tulang & goreng telur dadar aje. Awatif yang minta buatkan sup tulang tu. Habis masak sup tulang saya buat sagu. Adik pulak yang minta saya buat. Jom kita layan gambar2 kat bawah nie :-

ais cream chocolate - letak whipping cream kat atas - hm!! sedap!!

sagu gula melaka

sup tulang

menu paling ringkas kami hari ini

untuk saya - oleh kerana malas nak buat sambal kicap - makan ajelah cili tu ngan nasi!
p/s:- Bidadarindu - kalau nak beli TV sebesar wayang tu bila2 masa boleh belikan? he..he.. TV tak ada suara tu rasanya kejap aje tu boleh tahan!!

No comments: