Saturday, February 18, 2012

beef lasagna & cupcakes

Menu saya hari ini beef lasagna. Tak masak apa2 dah. Itu aje yang saya & anak2 makan. Tiap2 hari masak - dah tak tahu nak masak apa dah! Yang lasagna ni adik yang minta. Dia kata dia dah boring asyik2 kena makan nasi aje. Boleh dia tanya benda lain tak ada ke? Ummi pun tak tahu nak masak apa - teringat jugak nak buat laksa tapi bahan2 tak ada pulak. Nak pergi kedai @ market malas sangat2. Kalau suami ada lain cerita. 

Bila adik cakap tak mahu makan nasi pagi tadi - saya selongkar peti ais - tengok2 bahan2 nak buat lasagna semua ada. Mujur minggu lepas ada beli stok cheese. Kalau tak ada cheese memang tak jadilah lasagna nie. Adik nak seafood lasagna tapi daging cincang yang dalam peti ais tu dah lama - takut2 nanti tak masak expired pulak. So slow talk ngan adik dulu bagitahu - mujur dia tak kisah. So awal jugak saya check in kat dapur hari ini pasal anak2 cuti kan? Budak2 ni kalau cuti semedang aje lapar tapi bila Ummi masak apa2 makannya semulut dua aje. Itu yang buat Ummi menyampah nak masak berat2 tu!

Hari ini kawan Awatif datang rumah. Sejak akhir2 ni selalu jugak kawan dia datang rumah. Tapi saya tak kisah - janji dia ada depan mata saya. Biar kawan datang rumah tak apa. Bukan tak bagi dia pergi rumah kawan tapi rasanya umur dia tak sesuai lagi. Tunggu besar sikit ya!

Jom kita tengok gambar lasagna yang saya buat tadi - rasanya boleh tahan kot he..he.. Awatif kurang sikit makan tapi adik makan em..em... memang puas hati. Lain kali boleh Ummi buat lagi kalau anak2 Ummi makan macam nie.

belum masak

dah masak - tunggu sejuk sikit baru boleh makan!

gara2 adik tak sabar nak makan - potong panas2 - lapisan atas tu jadi macam tu!

Awatif ngan kawan

Add caption

dah tinggal sikit
 Nak tahu siapa makan?? Ha! budak nie!! - dia yang banyak makan, Alhamdulilah! Dia cakap dia dah boring makan nasi - asyik2 kena makan nasi aje tiap2 hari - so buat lasagna hari ni buat untuk dia lah. Berbaloilah buat bila tengok dia berselera makan! Gaya dia masa makan kita tengok pun naik geram he..he... Ber "sopan" sangat - jenuh suruh dia duduk betul2 bila makan.







Malam tadi surau kat Taman Geliga ni buat sambutan Maulidur Rasul untuk kanak2 dan remaja. Masa mula2 Kak Imah jemput tu saya ingatkan jemputan tak ramai. Target saya dalam 15-30 orang macam tu - macam usrah lah. Tapi bila sampai tadi tengok terkejut! Ramai betul! Saya rasa adalah dalam 200 orang. Saya pergi dengan anak2 aje pastu Imran, anak Kak Ina tumpang sekali. 

Dah ingat jemputan tak ramai saya buat cupcakes sikit aje. Adalah dalam 27 biji macam tu. Nak buat lebih telur dah habis. Saya tak plan pun nak buat asalnya - dah maghrib tu baru teringat nak buat. Nak keluar rumah pukul 8.30 malam - memang kelam kabut jugak tadi, Sorang2 buat biasalah kan? Kalau tahu ramai jemputan memang awal2 boleh buat. Kak Ti ada cakap tadi dia terlupakan saya - kalau tak mesti dia minta saya sponsor kek untuk 100 orang makan. InsyaAllah - kalau tak ada apa2 hal  mesti saya buat! 

Bila tengok orang ramai tadi saya macam serba salah nak keluarkan cupcakes tu. Kak Ti kata tak apa - keluarkan masa orang dah start makan - kiranya siapa cepat dia dapat lah! Rasa bersalah sangat tadi. Tak apalah kan? Bila2 ada acara nanti boleh tebus balik! Surau tu surau baru - tak siap sepenuhnya lagi. Lepas dah siap nanti surau tu mesti banyak lagi aktiviti.

Untuk siapa yang suka cupcakes yang simple ni boleh lah cuba resepi ni. Saya namakan Kek Cawan Mentega Popi Biru he..he.. Asal namanya Kek Cawan Mentega aje - yang lain2 tu saya tambah pasal saya masukkan serbuk popi. Resepi ni saya dapat masa saya pergi kelas kat KL tahun lepas. Jom kita tengok esepi - mudah & simple aje :-

Bahan2
1) 250 gm mentega
2) 200 gm gula kastor
3) 4 biji telur
4) 250 gm tepung kek/superfine
5) 50 gm air susu
6) 1 sudu teh esen vanila
7) 1 sudu teh serbuk penaik (tapi saya selalu letak 2 sudu)

Cara2
1) Sediakan acuan kek cawan dan isikan cawan kertas.
2) Satukan mentega dan gula kastor hingga kembang dan putih.
3) Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil diputar hingga sebati.
4) Ayak tepung dan sebuk penaik. Masukkan kedalam adunan mentega berselang seli dengan air susu. Gaul sebati. Masukkan ke dalam mangkuk kertas.
5) Bakar selama 20 minit dalam suhu 180 darjah celcius (ikut oven masing2 jugak).

Boleh jugak kalau nak buat kek sebiji tu - kalau malas nak buat dalam kek cawan saya gunakan loyang yang besar tu aje. Senang!  Resepi ini yang selalu saya buatkan untuk suami. Dia memang suka kek ni!
 
kesuntukan masa nak decorate - letak edible image aje kat atas tu!

anak2 pun tak sempat makan - kejap aje habis - tak apa, nanti Ummi buatkan untuk anak2 Ummi ya!

Awatif jeling aje cupcakes ni pasal gambar tu dia yang punya he..he.. Nanti Ummi gantikan lain ya!

bila tengok tupperware tu macamlah banyak sangat he..he.. iyalah - cupcakes ni tak boleh susun bertindih nanti habis dia punya cream!







p/s:- Minta maaf banyak2 pada Bidadarindu pasal tak boleh nak pergi jemputan kenduri kahwin adik - dalam hati tu memang teringin nak pergi tapi apakan daya!! Esok Awatif ada appointment dengan pakar ENT pasal tonsil dia tu - Dr nak tengok keadaan macamana lepas operation tu. Pastu minggu depan anak2 sibuk dengan sukan. Nak ponteng sekolah aduhai!! susah sikit he..he..

p/s:- Yan mesti sibuk sakan kan?? Kak Sayang tumpang penat ajelah ya he..he.. Oh! Adik Lyn pun nak kahwin jugak - minggu depan kot rasanya! Alahai lah!! Nak sangat lah makan nasi kenduri tapi apakan daya - sudah suratan nasib kami merantau mencari rezeki di sini - jauh dari keluarga! Alamak! beremosilah pulak!!

2 comments:

NASI BARYANI SEDAAAAAP... said...

penat tok sah cakap.. mcm x tido jea... tp function tu sgt happening walaupun ade 'kekurangan' sikit...

wah seronok baca blog kak sayang...
macam 2 ade...
tlg post yg menu lasagna boleh...

nak buat jugak la tingin pulak...

Hafidzin said...

Yan - nanti kaksayang bagi resepi lasagna tu ya! Bila nak update cerita pasal kenduri adik Saiful tu! nak jugak share kemeriahan tu! walau tak ada sama2 at least tengok gambar2 pun jadilah!!