Friday, January 27, 2012

ke Kuala Terengganu part 2 (last)

Cepat pulak sambung cerita part 2 nie. Bukan apa - tunggu lama2 kang nanti basi pulak cerita ni. Macam cerita stress kat hospital tu! Tak sambung2 lagi sampai sekarang. Penting tu nak cerita, nanti bila anak2 dah besar boleh baca dan tahu macamana perasaan Ummi ni. Bukan sekarang anak2 tak boleh nak baca tapi sekarang ni depa boleh baca aje tapi kurang nak fahami perasaan Ummi nie! Budak2 lagi kan?

Ok, sambung balik pasal cerita rombongan kami ke Kuala Terengganu minggu lepas. Lepas dah pusing2 kat Masjid Kristal & Taman Tamaddun Islam tu kami pun berangkat ke tempat wajib iaitu Pasar Payang. Kalau tak pergi Pasar Payang tu maka tak lengkaplah orang kata! Kang Pasar Payang tu menangis2 kehairanan kenapa kami tak singgahkan? he..he.. 

Rugilah kalau pergi Kuala Terengganu tapi tak singgah Pasar Payang. Maka kami yang terasa diri duit banyak nie pun pergilah...... Mak, sang suami2 dan boys kecil tak bolehlah nak pergi pasal tempat tu tak sesuai so sang suami2 telah membawa mak & boys kecil pergi Pantai Batu Buruk untuk membuang masa sambil menunggu kami shopping. Suami saya bagi masa satu jam aje pada saya pasal takut nanti sotong tepung  habis. Yang suami2 lain tu saya tak pasti he..he.. 

So yang sihat2 & muda2 aje yang sesuai masuk dalam Pasar Payang tu he..he.. Orang ramai tak payah kiralah! Nak jalan pun susah - jalan sambil berlanggar bahu ngan orang! Time cuti sekolah ni memang meriah! Tambah pulak time tu banyak kain2 yang new arrival - corak baru2. Cantik2 sangat! Tergoda dibuatnya. Saya ni memang jarang pakai baju kurung. So setahun sekali aje beli kain untuk buat baju kurung iaitu time raya aje. Tapi bila tengok corak2 kain batik yang bermacam2 terus tergoda! Terus rasa nak beli untuk buat baju kurung pakai kat rumah atau bila ada usrah! Sampai macam tu lah boleh tertarik tengok corak2 yang cantik2 dan murah2. Ada tu kain batik creep 3 helai rm100! Corak bunga cantik2!

Sayangnya oleh kerana nak kejar masa dan orang pulak ramai saya tak sempat nak beli satu pun baju batik. Dalam pada nak memilih tu suami dok cal 2-3 kali. Ibu pulak time tu dok risau mak tunggu lama. Takut nanti mak lapar pasal mak tak makan nasi lagi time tu. Masa kat Masjid Kristal tu mak tak mahu makan nasi pasal tak ada lauk  yang menyelerakan untuk mak. Sudahnya saya sempat beli baju kelawar aje. Yang ibu, makteh & kakak pun sama.  Rasa ralat sangat!

Kat Kemaman pun ada jugak baju kelawar & kain batik tapi tak secantik dan semurah kat Pasar Payang. Kalau setakat nak beli sepasang aje memang sesuai lah kalau nak beli kat Kemaman. Rumah saya ngan Kuala Terengganu tu tak lah jauh sangat - macam kampung nak ke Ipohlah lebih kurang. Saya jarang pergi Kuala Terengganu nie - pergi kalau ada family datang aje. Kalau nak pergi 4 beranak aje rasa tak berbaloi! Baik pergi KL aje!

Masa kat Pasar Payang tu rasa macam nak beli semua he..he.. Duit kalau ada banyak mesti bestkan? Kalau tak ada masa pun boleh cari jugak masa he..he.. Ni time tu tu dah lah kejar masa pastu duit pulak tak berapa nak ada so last2 kain satu pun tak sempat nak beli. Baju kelawar aje sempat beli 4 helai untuk saya & Awatif 2 helai. Tu pun kelam kabut jugak nak memilihnya pasal suami dah cal banyak kali. Kakak pulak Abang Lee dok cal. Kejap2 Mustaqim cal bagitahu Tok Nek suruh cepat. Bila dengar kata Tok Nek suruh cepat maka tak boleh lah lagi nak tengok2 - alamatnya kena balik lah!!

Lepas pergi Pasar Payang kami pergi makan sotong celup tepung kat Pantai Teluk Ketapang.  Jauh jugak lah dari Pasar Payang tu. Dah pernah makan kat situ banyak kali. Memang sedap! Memang bukan rezeki kami kot tak boleh makan kenyang2! Keadaan sama macam makan satar kat Kemaman tu! Kali ni dah tak tertahan amarah kami pasal kami tak makan nasi dari pagi. Bila perut lapar iman pun tak berapa nak kuat! Nak sabar tapi tak boleh he.he... Tengah menaip ni boleh lah nak he..he.. tapi masa kejadian tu memang panas aje hati nie!!

Macam yang saya ceritakan sebelum ni - sistem penjualan kat sini memang tak sistematik! Tak ada aturan yang betul padahal bukan setahun dua mereka berniaga tapi dah bertahun2! Naik heran betul dibuatnya! Kami order 10 pinggan sotong celup tepung dan 10 pinggan udang celup tepung. Pastu tambah 2 pinggan keropok lekor. Macam kejadian kat Kemaman, depa hantar 2 pinggan setiap masa. Setiap kali hantar 2 pinggan kejap ajelah habis pasal memang semua kelaparan pasal tak makan nasi dari pagi. Memang plan nak makan sotong & udang tepung ni banyak2 - itu yang tak makan nasi tu! Susah sangat depa nak hantar terus 10 pinggan sekaligus. Yang buat angin lagi tu orang sebelah yang sampai kemudian boleh dapat - kami nie ha!! yang menunggu dalam kelaparan tak dapat! Siapa lah yang tak angin satu badan???

Bila dah lambat sangat tu mulalah yang sabar jadi tak sabar. Ibu  mula2 cool aje pastu lama2 dah tak tahan bila tengok orang sebelah yang sampai kemudian dah penuh meja. Ibu pun mulalah buat jelingan maut he..he.. Pastu ibu panggil tuan kedai suruh kira padahal masa tu banyak lagi order kami yang tak sampai! Geram punya pasal kan?? MakTeh pun naik angin jugak! Dah lah kepala pening kan Makteh? Perut pulak lapar!

Ibu pun bagitahu lah Pakcik Kedai tu sepatutnya bagi selesaikan order orang yang sampai dulu baru lah yang kemudiannya. Masa kami sampai tu banyak tempat kosong lagi tapi masa kami nak balik tu orang dah penuh. Agaknya depa tak heran kot kami balik awal pasal ramai lagi orang yang datang. Tapi sepatutnya bukan itu caranya! Macamana ramai orang pun kenalah layan jugak kan? Kenalah ada sistem yang betul supaya semua customer terasa puas hati! Ni tidak! Mentang2lah sotong & udang celup tepung depa tu sedap - lain dari yang lain! So depa nak eksyen ya!!

Dengan hati yang panas lagi sekali setelah kejadian satar kat Kemaman tu kami pun balik lah. Masing2 rasa lapar so kami plan nak stop kat Dungun untuk makan. Dalam perjalanan tu saya dah rasa semacam tapi tahan aje. Bila sampai kat Dungun tu tak boleh nak tahan dah! Rasa kepala berat sangat pastu rasa nak termuntah. Suruh suami berhenti - sudahnya terpaksa berhenti 4 kali pasal saya muntah kat tepi jalan. Rasa seksa yang amat sangat time tu! Kepala berpusing2 & rasa berat, badan macam melayang-layang & perut rasa tak sedap. Lepas muntah tu ingatkan rasa ok lah sikit tapi makin teruk! Yang kelakarnya setiap kali suami stopkan kereta untuk saya muntah setiap kali tu lah kereta kakak & Makteh berhenti sama! he..he.. Dah nama pun konvoi kan? 

Plan asal nak makan kat Dungun kena cancel pasal keadaan saya tak tak sihat tu. Saya memang rasa lapar sangat tapi tak boleh nak makan. Last2 suami stop kat Paka untuk makan. Time tu pun 2 kali saya muntah. Minum air kosong aje pun boleh muntah. Dah macam orang mabuk pregnant pulak! Eh! belum lagi ya! Belum masanya lagi.

Kiranya dalam sejarah lah - saya tak keluar makan bila berhenti kat kedai makan. Macam tak percaya kan? Time tu keadaan saya memang teruklah! Bila mereka2 itu selesai makan - adik masuk dalam kereta bagitahu sedap tomyam tu Ummi! Adik nak makan banyak tapi Walid tak kasi takut sakit perut! Ummi yang sakit time tu sabar ajelah!! he..he..

Kesimpulannya kat sini sepatutnya kami kena bermalam kat sana satu malam. Bila dah tua ni badan tak boleh nak terima kalau penat sikit. Dah tu saya pulak memang tak cukup rehat sejak anak2 kena warded. Bila badan dah tak tahan - tak boleh terima penat lagi so badan pun protes lah! Maka ini lah jadinya. Kalau dari awal plan nak ke Kuala Terengganu saya memang dah booking hotel. Plan ni plan mengejut pasal mak cadangkan masa dalam perjalanan nak ke rumah saya.  

Lepas saya sakit, Makteh pulak pastu Kakak pulak sakit perut sampai tak boleh nak tidur. Yang sihatnya mak. Alhamdulilah! Mak kata "aku yang dok sakit ni sihat pulak - hangpa yang dok sihat2 jadi sakit pulak" he..he.. Itulah kuasa Tuhan kan?  

Lain kali beringatlah - kalau nak jalan jauh tak boleh lah nak pergi balik hari tu jugak. Sebenarnya tak jauh sangat cuma keadaan time tu tak berapa nak bagus!. Kena tidur sekurang2 satu malam. Kalau esok tu baru balik barulah rehat sikit. Pastu shopping kat Pasar Payang tak adalah nak kelam kabut. Pagi tu sempat lagi kalau nak shopping lagi sekali he..he..

Hari Selasa Makteh sekeluarga kena balik pasal Pakteh ada kerja dan adik sekarang tengah praktikal kat Hospital Ampang. Makteh macam tak larat nak balik lagipun saya dok pujuk Makteh balik esoknya. Semua ok cuma adik ajelah. Dia takut nak ambil cuti pasal baru seminggu praktikal. Petang jugaklah baru Makteh balik. Tapi sebelum balik singgah kat The Store tengok baju batik lagi. Makteh beli baju batik yang dah siap dah kat anak2 dia. Ibu pulak beli kat kembar. Amboi! bukan main depa no....! Saya ngan kakak tengok ajelah pasal nak beli dah tak ada pilihan bukan kerana tak ada duit ya tuan2 & puan2 he...he.. Tak nak ngaku jugak tu duit tak ada he..he..

Memang cantik lah baju2 depa tu. Siap ada batu2 lagi. Perasan lah depa tu! Semalam kat Pasar Payang merajuk2 tak dapat baju. Dah dapat baju tu masing2 senyum sampai ke telinga. Saya lupa sungguh nak ambil gambar masa kat kedai.  Kat Pasar Payang baju batik yang dah siap tak banyak pilihan. Kedai kat Kemaman ni memang terkenal ngan baju batik yang dah siap. Cantik2! Harga pulak boleh tahan lah. Lagipun saya memang kenal ngan adik yang jual tu pasal dah banyak kali beli kat situ. Ibu pulak memang pandai nego harga. Dari rm360 dapat rm270 sepasang! Kalau orang lain dia kata tak dapat harga nie! Iyalah tu kan???

Ibu, mak, kakak balik esoknya. Lepas breakfast terus balik. Tak makan tengahari pun pasal Abang Lee nak balik awal. Sebelum balik sempat beli steak yang frozen tu dan beli keropok. Adik bila balik sekolah terus mengamuk bila tahu semua dah balik. Sebelum dia pergi sekolah dia dah pesan kat Robin suruh Robin balik lepas dia balik sekolah. Dalam kereta meraung2 lah! Jenuh gak nak memujuk. Awatif tak pergi sekolah minggu ni pasal dia tak sihat lagi. 

Minggu ni saya cuti memasak. Roti pun lama dah tak buat pasal sibuk aje. Esok nak kena pergi Kuantan - check up adik. So tak adalah entry masak2 dalam minggu ni ya! Teringin nak buat Kek Pavlova tapi tak buat2 lagi. Masa tetamu datang haritu apa2 kek pun saya tak buat pasal tak larat sangat. Kalaulah anak2 tak kena warded rasanya macam2 saya buat!! Sebelum masuk spital strawberry & blueberry dah beli untuk nak buat Pavlova - balik dari hospital tengok2 dah busuk pun! Sayang aje!! Bukan murah tu!!

Jom sambung tengok gambar2 :-


dari kiri adik, kakak & Wani











Hp Samsung saya telah selamat bertukar hak milik. Ini adalah hp sementara saya yang saya pinjam dari adik. Saya dah rimas pakai hp touch screen nie! Banyak lecehnya so saya telah jual kat adik yang berjanji nak bayar ansuran sebanyak rm50 sebulan he..he..Sebelum tu minta izin suami dulu pasal hp tu dia yang hadiahkan! Kali ni nak beli hp yang biasa2 aje - tak nak dah beli yang touch screen ni!! Bila boleh dapat beli hp baru? Tak tahulah! Nak kena simpan duit dulu atau nak tunggu adik bayar penuh dulu he..he..


p/s:- ada peluang nak beli baju batik pasal suami ajak pergi lagi KT - katanya tak puas Yahoo!!!! he..he..

p/s:- gambar Makteh sekeluarga balik lupa nak ambil gambar!

p/s:- takut orang confused - adik tu anak saya yang bongsu (buat masa sekaranglah he..he..) dan sorang lagi adik tu adik Najwa si kembar - dia yang bertudung labuh tu! Sekarang tengah praktikal kat Hospital Ampang dan kakak Nadia kembarnya pulak masih belajar lagi kat Unisel - kembar yang tak seiras.

No comments: