Friday, January 27, 2012

ke Kuala Terengganu part 1

Tetamu dari KL sampai rumah hari Sabtu lepas dalam pukul 1 pagi. Kiranya dah masuk hari Ahad lah! Masa Ibu cal bagitahu dah nak sampai saya anak beranak dah tidur pun! Dok tunggu2 dari petang tak sampai2 sampai tertidur.

Hari Ahad tu seharian kami lepak aje dalam rumah. Nak pergi makan Satar rasa malas aje. Plan asalnya nak keluar makan pukul 11 pagi tapi sudahnya hampir pukul 6 petang baru keluar rumah. Pagi tu saya beli nasi kerabu ayam bakar untuk breakfast so bila nak keluar pukul 11 pagi tu perut masih kenyang lagi. Nak tunggu perut kosong balik masing2 dah jadi malas - semuanya ambil bantal terus tidur! 

Tengahari saya tanya ibu nak masak nasi berapa pot - ibu cakap masak 2 pot aje pasal untuk mak aje. Yang lain2 tu pasal nak makan satar so tak makan nasi kat rumah. Saya ada beli udang harimau dan udang besar. Ibu masak sambal udang punyalah sedap!! Dalam tak mahu makan nasi kat rumah terus semua orang makan. Dari 2 pot terus tambah lagi 5 pot. Dah makan nasi tu alamatnya tak jadi lah nak keluar makan satar. Lepas makan tu terus lah kekenyangan! Memang malas dah lah nak keluar pergi mana2.

Dah petang anak2 ajak pergi pantai. Riuh rendah jugaklah depa tu memujuk. Last2 keluar jugaklah - asalnya nak pergi pantai aje tapi dalam kereta tiba2 kakak ajak tengok kat kedai satar tu ramai orang tak. Kalau ramai tak payah stop - kalau tak ramai baru singgah. Dah agak dah - cuti sekolah ni memang ramai orang. Kereta pun banyak sangat. 3 kedai yang femes kami tengok semuanya penuh orang sampai ada yang berdiri kat luar kedai untuk tunggu turn. Bila tengok tu memang tak kuasalah nak berhenti kan? 

Setelah pusing2 terjumpa satu kedai kecil ni. Saya tak pernah beli & makan kat situ. Saja aje nak cuba nasib kot2 satar kat situ sedap. Bila dah cuba tu terasa sedap pulak. Asalnya kami order 10 pinggan tapi dapat dalam 7@8 pinggan aje pasal ramai orang. Riuh rendah jugaklah nak menunggu pasal sistem penjualan kat sini tak berapa nak sistematik. Patutnya orang yang datang awal kena di dahulukan contohnya kalau family A ni datang dulu nak order 5 pinggan satar so penjual ni kenalah selesaikan dulu order family A pastu baru lah selesaikan order family B pulak. Macam kami ni order 10 pinggan tapi yang hantar 7@8 pinggan aje - bila family lain datang diaorang tak habis hantar order kami tapi hantar satar tu kat diaorang. Tak sistematik kan? Masa makan tu hati kami panas aje bila tengok orang sebelah dapat tapi kami punya tak habis hantar. Membara aje hati ni he..he.. Saya tak apalah pasal bila2 boleh makan. Kesian kat Mak Teh, Kakak, Kembar, Wani & Hanani lah! Dah lah tak selalu datang sini. 

Bila hati dah panas bila  order tak sampai habis - kami pun beredar dengan berbakul2 kata2 yang tak sedap di dengar he..he.. Faham2 ajelah kalau Makteh marahkan? he..he.. Iyalah siapa tak marah kalau makan kejap2 terbantut. Setiap kali hantar satar tu 2 pinggan - masing2 dah jadi ikan pirana - kejap aje habis pastu nak tunggu diaorang hantar lagi satar tu boleh kering tangan ni tau! Punya lama! Pastu depa hantar lagi 2 pinggan! Depa nak hantar 10 pinggan terus rasa susah bebenar! Yang buat marah sangat tu orang sebelah yang datang kemudian dah boleh makan satar - kami yang dok tunggu ni dah jadi kebulur! Eh! kasar sangat bunyinya nie kot kan? he..he.. Sabar ajelah sayang hoi!!!! Nak tolong luahkan perasaan Makteh aje nie he..he..

Pas makan tu terus pergi pantai walaupun dah pukul 7 time tu. Kesian kat anak2 pasal dah berjanji. Tak sempat nak berjimba2 kat pantai tu lama2 pasal dah lewat. Anak2 macam tak puas hati aje tapi kena paksa redha ajelah he..he.. Saya ni memang malas nak bawa anak2 pergi pantai walaupun dekat aje ngan rumah. Laut kat sini tak boleh mandi - bahaya! Main2 kat tepi2 tu boleh lah lagi. 

Malam tu kami makan steak - sibuk2 masak tak sempat nak ambil gambar. Teringat tapi time tu masing2 tak bertudung so rasa malas nak stop makan semata-mata nak pakai tudung. Tak kuasakan?? Saya & kakak share beli lamb chop 10 keping (campur yang dah sedia ada kat rumah jadi 14 keping), sirloin steak 4 keping (memang dah ada kat rumah) & chicken chop 5 keping. Sekali hadap aje terus licin. Bagus betul - tak membazir langsung he..he..











Esok paginya awal2 kami dah keluar rumah. Mak nak bawa kembar pergi Masjid Kristal kat Kuala Terengganu. Kami semua dah pergi dah tahun 2009 - time tu kembar tak ikut pasal apa - tak ingat! So mak asyik teringat2 nak bawa depa tu. Plan ni plan mengejut pasal mak cuma bagitahu dalam kereta masa dalam perjalanan ke rumah saya. Mak mula2 macam tak jadi nak datang rumah saya pasal mak tak berapa sihat. Tapi Alhamdulilah - sepanjang perjalanan ke rumah saya mak sihat aje. Bila rasa sihat mak mulalah rancang macam2 he..he..

Dari rumah saya nak ke Kuala Terengganu dalam 200km @ dalam 2 jam setengah sampai. Bertolak dari rumah saya dalam pukul 7.30 @ 8 pagi. Sampai kat Masjid Kristal dalam pukul 11 lebih. Tak boleh nak sampai awal pasal kejap2 berhenti. Kejap si A nak pergi toilet, kejap si B pulak, pastu si C pulak. Makanya perjalanan tu ambil masa yang lama. Biasalah bila pergi ramai2 kan? Kami konvoi 3 kereta iaitu kereta saya, Kakak & Makteh.

Kami sampai tepat2 matahari terpacak kat kepala. Memang panas!. Masa kami pergi dulu tupun macam tu jugak. Saya dah risau takut2 pening kepala pasal panas sangat. Lepas bergambar kat Masjid Kristal kami pergi kat Taman Tamaddun Islam. Kali ni kami tak masuk pasal haritu dah masuk. Yang masuk cuma si kembar, Wani (aritu dah masuk tapi nak temankan si kembar), Hanani & Bibik Is. Yang lain2 tu macam saya, kakak, mak, ibu, Makteh, Pakteh, suami, Abang Lee & anak2 tunggu kat luar sambil makan2. Sejam jugaklah kami menunggu baru depa keluar. Cepat pulak depa ni masuk dalam tu - patutnya kena ambil masa 2@3 jam macam kami haritu. Depa kata depa buat lawatan express pasal takut kami kat luar ni menunggu lama sangat! 

Jom layan gambar2 masa kami kat Masjid Kristal. Masa mula2 kami pergi tu boleh sembahyang tapi kali ni pergi tak boleh pulak. Orang datang untuk buat lawatan semata2. Sayangkan? Masjid mahal2 tapi nak sembahyang tak boleh! Masa kami baru sampai sekali ngan rombongan dari Siam so bila masuk tu kami macam tercampur sekali ngan orang Siam he..he.. Orang memang ramai sangat2 - dari merata negeri yang datang.

















Banyak lagi yang nak dicerita tapi kita sambung esok2 ya!

No comments: