Tuesday, January 3, 2012

hari pertama persekolahan

Cepat sungguhkan masa berlalu. Sedar tak sedar dah masuk tahun 2012 pun! Hari ini negeri Terengganu dah mulakan persekolahan. Pagi tadi memang kalut sikit pasal dah lama tak bangun pagikan? he..he.. Pagi tadi saya yang hantar anak2 pergi sekolah pasal suami tak boleh nak cuti. Nak kena hantar anak2 sampai ke kelas pasal takut2 nanti anak2 dok melilau cari kelas kat mana. Awatif tu tak risau sangat - tu budak boy tu ha! takut kang dia dok tawaf sakan kat sekolah nanti!

Tahun lepas kelas adik kat tingkat bawah tapi tahun ni kat tingkat atas. Saya risau jugak dia nak kena naik turun tangga. Rasanya dah beribu kali dah pesan kat dia supaya masa naik turun tangga tu jangan dok melawak ngan kawan, jangan dok main2 tolak2 ngan kawan kat tangga dan paling penting jangan lari masa turun naik tangga!

Pagi tadi bukan main jem kat kawasan sekolah sampai saya tersangkut hampir 20 minit tadi masa nak hantar anak2 ke sekolah. Kesian, Awatif, tak sempat nak hantar dia ke kelas pasal time tu hampir pukul 8. Keluar dari rumah awal tapi dah jem punya pasal jadi lambat!. Rasanya mungkin pasal hari pertama persekolahan kot! Selalunya tak lah jem sampai macam tu! Ibu bapa dari anak2 darjah 1 ramai yang datang hantar dan tengok anak2 mereka! Bila tengok tu teringat keadaan masa adik darjah 1 tahun lepas! Rasa cepat aje kan masa! Tup2 adik dah darjah 2 tahun ni! Dah besar lah anak2 Ummi!!

Saya dah berazam penuh tahun ni nak masak sokmo bermula dengan breakfast, lunch & dinner tapi alahai! hati tu dah nekad tapi badan tak bagi kerjasama! he..he.. Dalam erti kata lain malas la tu! he..he..Tak apa, minggu pertama nie kita bagi peluang kat Ummi rehat dulu ya - minggu depan Ummi janji Ummi masak ya!

Breakfast tadi anak2 makan koko krunch aje! Lepas balik sekolah, saya buatkan steak. Ala! steak yang segera tu - balik rumah letak aje dalam kuali pastu tunggu dalam 15 minit siap untuk dimakan! Sos pun ada sekali! Senangkan kerja Ummi yang memang pemalas ni! Semalam anak2 dah makan pastu tak cukup pulak! Sedap depa kata - so hari ini nak makan lagi. Rasanya hari ni dah puas kot depa makan sampai tak habis! Esok tak mau dah ya - Ummi pun rasa muak dah!

Buat Muqri (anak Yan & Bidadarindu) dan Wildan (anak Kazrina) - selamat menempuh alam persekolahan. Esok dah start sekolah! Rasanya mak bapa lagi rasa teruja dari anak2 kan? he..he.. Nampaknya bermulalah kerja kita sebagai driver ya Yan he..he..

Jom la kita layan gambar2 nie:-

pagi tadi tak sempat nak ambil gambar - balik sekolah tadi baru ada masa - saja buat kenangan hari pertama persekolahan 2012!

masing2 tak tahan panas & lapar - suruh Ummi cepat2 ambil gambar!

beg sekolah baru - macam beg budak sekolah menengah - besar! puas hatikan? boleh isi banyak barang!

Awatif dah darjah 5 - macam tak percaya aje kan?

kenapa muka adik macam tu?

tengah mengrill beef & lamb steak

beef steak adik & Awatif punya

lamb chop Umi punya

makan western food tapi cara adik makan macam cina apek la pulak!

selalunya Ummi yang tolong potongkan kat dia - tapi tadi Ummi dok kalut nak ambil gambar dulu - macam tu la cara dia makan steak kalau Ummi tak potongkan he..he..

1 comment:

ikatankasihku said...

wah, bersemangat bebudak ni nak gi sekolah ye kak..he3..umi dia bijak, first week dah apply off masak memasak..he3