Monday, January 2, 2012

cerita sebelum kenduri

Sesungguhnya saya tak sedar hari ini dah masuk tahun 2012! Saya dok ingat tarikh hari ini dalam 30 @ 31hb. Nampak sangat saya mengelamun dalam dunia saya sendiri kan? Entah apalah yang bersarat dalam kepala otak ni! 

Tengahari tadi bila saya bangun tidur oh! iya, memang hari ini saya bangun lewat kerana semalaman saya tak boleh nak tidur semalam kerana kena migrain. Dah mula rasa kepala berdenyut-denyut masa nak pergi Kuantan pagi semalam tu tapi still boleh tahan. Telan panadol setiap 5 jam tapi still tak hilang lagi. Terpaksa tahan aje kerana nak belikan barang2 sekolah anak2. Bila dah selesai semua terus balik aje. Perut lapar tapi nak singgah makan dah tak boleh pasal tak tahan kepala dah berdenyut-denyut sangat. Sampai rumah tidur kejap, lepas bangun pun tak hilang jugak sampailah ke pagi tadi. Telan panadol pagi tadi baru rasa ok! 

Sambung balik cerita pasal tadi tu - masa bangun tidur tadi tengok suami buang calendar 2011 baru tahu hari ini dah masuk 2012! Selalunya time2 hujung tahun tu selalu jugak lah melekat kat depan tv tengok cerita apa yang best tapi semalam memang tak perasan langsung! Kalau perasan pun rasanya tak boleh jugak nak tengok tv pasal kepala pening.

Selamat tahun baru pada pembaca blog ni yang rasanya kebanyakkannya kaum kerabat he..he.. Semoga tahun baru ni membawa lebih kebahagiaan pada kita ya! Dan juga tentu ada yang dah listkan apa azam tahun baru ni kan? Pada yang single tu tentu berazam nak bertemu dengan kekasih hati, pada yang bercinta tu tentu nak berumahtangga, pada yang berumahtangga tu tentu nakkan kehadiran anak2 dan pada yang dah ada anak2 tu tentu nak anak2 mereka berjaya dunia & akhirat! Betul tak? Semua orang pun nak macam tu kan??

Tahun 2012 ni merupakan tahun cabaran buat kakak kerana 2 anaknya akan menghadapi exam yang besar, Mustaqim - PMR & Balqish - UPSR. Nak kena banyak berkorban jiwa & raga nie he..he.. Betul tak kakak? Kakak ni jarang baca blog saya - yang kerap baca Abang Lee aje! Betul tak Abang Lee? Siapa lagi ya sedara mara yang nak ambil exam besar? Oh! Amir nak SPM tahun ni! Tapi anak engineer kapal terbang no hal lah kan? Senang sangat kalau nak score A tu kan Amir??

Tahun ni jugak ada sepupu yang nak mendirikan rumahtangga!! Seronoknya!! Kenduri bulan 6 so ada masa nak lancarkan diet sehabis-habisnya pasal tuan punya blog ni ada hati nak pakai kebaya he..he.. Aqilah - kalau kak sayang tak berjaya kurus boleh postponed tak tarikh kahwin! Boleh ke? Bolehlah!!! Yan, kita lawan nanti siapa kurus dulu he..he.. Kalau malas nak diet, boleh plan pregnant kan? So bila pregnant nanti orang dah tak boleh nak ngata dah kita ni gemuk kan? He..he... Dah tersebut pasal pregnant ni - nak ucapkan tahniah pada Kazrina kerana kini berbadan dua anak yang ke 3! Mesti baby nanti cute macam abang2 nya jugak! Mudahan baby girl ya kali ni, Amin!

Dan pada sepupu2 saya belum bercinta, yang sedang bercinta atau pun yang sudah putus cinta - tahun ni jangan ikut sangat kata hati! Kadang2 mendengar tu lebih baik! Kadang2 kata orang tua tu ada betulnya! Kadang2 kahwin tanpa cinta ni ada manisnya! Kadang2 cinta tanpa restu ni buat kita menderita! Kadang2 cinta ni buat kita merana! Kadang2 biar kita pilih orang yang mencintai kita dari kita mencintainya kerana itu akan buat kita lebih bahagia! Fahamilah, sesungguhnya tak ada orang yang tak mahu kebahagiaan dalam hidup tapi kadang2 kita tersilap membuat keputusan & tersilap mengorak langkah. So fikir2 kan ya!!

Sebelum saya keluarkan lagi ayat2 jiwang saya dan sebelum saya beremosi lagi,jom layan gambar2 masa kenduri aritu yang saya nak sharekan kat sini. Cerita ni macam dah basi tapi apa pedulikan? he..he. Jom kita layan :-

cupcakes toppers

cupcakes toppers

food labels

ni tak tahu apa benda yang dipanggil pasal ni free tapi hiasan cucuk2 jugak lah!
Saya nak ambil kesempatan ni nak ucapkan terima kasih banyak2 kat Abang Lee yang sanggup meredah jem dan sesat pulak gara2 nak ambil benda2 hiasan angry birds nie. Langsung tak merungut, langsung tak marah2 - SO buat sepupu2 sekelian alam - inilah ciri2 suami yang patut ada ya! Pada yang ada boyfriend garang2 tu reject awal2! Dan kalau ada boyfriend yang suka sentap2 tu kita good bye aje lah ya!! Siapa yang untung kalau suami kita baik? Kitaaaaaaa jugak kan? So jangan lupa tu! Nak tahu lebih2 baik tanya kak min pasal tu suami dia he..he.. Abang Lan pun baik jugak tapi tak kan nak puji suami sendiri kan?? he..he..

Saya tertarik dengan benda2 ni bila tengok blog Irin Putri tentang birthday anak dia yang bertemakan angry birds. Kebetulan saya memang tercari2 tema apa yang nak dibuat untuk majlis kenduri nanti. Dah tengok tu teruslah nak mengorderkan? Saya order aje dulu - pas order baru cakap ngan kakak. Dah tahu kakak pun mesti on aje!

Bagi sesiapa yang berminat nak barang2 macam nie boleh la ke blog nie tripletsplusone.com. Nak cari rumah ni bukan senang pasal kami ni memang tak tahu langsung area Taman Tun Dr Ismail - dah tu masa cari2 nie dah gelap! Pusing2 5@6 kali akhirnya jumpa lah jugak! Tuannya kecil manis aje - nampak muda! Anaknya yang sulung tu kembar 3! Jom kita sambung balik tengok gambar2 ya:-

edible image gambar Aisy & Robin - untuk letak kat cupcakes & coklat - kebanyakannya semua saya yang order - kakak mengikut aje! terima kasih jugak pada kakak yang banyak cakap yes aje pada saya!

muka Aisy & Robin, senyum aje - comel betul! he..he.. anak sapa lah tu kan?? nak amik benda ni jugak kami terpaksa menunggu hampir sejam kat Kajang - terima kasih lah pada abang ipar saya yang menurut aje kemahuan saya - terima kasih ya Abang Lee! Memang terbaik la abang ipar saya nie!! he..he.. ayat bodek nie!!

angry birds

alphabet banner

topi chef tu ibu yang beli - ibu telah memaksa saya memakai topi tu masa buat coklat he..he.. Awatif jugak dipaksa ibu untuk snapkan gambar saya - hanya gambar ni aje yang boleh di sharekan kat sini pasal yang lain2 tu nampak rambut keluar sana sini he..he.. yang 2 orang tu bibik Is & kakaknya! Assistant saya jugak pada malam tu!

coklat untuk bagi kat tetamu

coklat jamu tetamu

goodies

yang kuning tu untuk tetamu, pink tu orang marhaban, hitam tu untuk orang surau

pelamin yang saya nak sangat2 - ibu & kakak pun tak boleh nak cakap apa - thanks ya ibu & kakak pasal turuti kehendak saya nie! saya dari dulu dah tetapkan dalam hati bila buat kenduri sunat Aisy nanti saya nak buat pelamin pasal masa Aisy kecil2 dulu saya ada tengok dalam majalah orang buat kenduri sunat ni ada pelamin - lepas tengok tu saya terus tertarik dan berazam nak buat pelamin ni bila Aisy bersunat nanti - Alhamdulilah - tercapai jugak niat tu!

lepas bangun tidur tengok ada pelamin terkejut lah budak2 nie! Aisy okey aje, Robin tu aje yang lebih2 bila semua orang dok usik macam nak kahwin lah he..he.. Saja test dulu duduk tengok muat tak! Masing2 muka macam tak rela aje kan?

puas hati tengok he..he.. bunga telur tu bunga telur coklat - itu pun saya yang nak sangat2 - asyik2 suruh kakak cal kawan dia tanya boleh buat ke tak? kakak ni kalau tak ingatkan selalu,dia suka lupa!

bunga telur bertemakan angry birds - merah & kuning

cupcakes vanila & oren popi

ibu yang setia menemani & tolong saya sepanjang malam tu

zoom dekat sikit - nak bayar gaji assistant ni mahal tau!!he..he..

asalnya nak buat cupcakes dalam 100 biji aje tapi bila tengok anak2 & tetamu tetap (he..he.. jangan marah ya) berselera makan terus buat lagi 100 biji - makan panas2, memang sedap - makan sebiji terasa nak makan lagi he..he.. ataupun memang cupcakes saya buat nie memang sedap!

Awatif & Balqish tengah sibuk uruskan bunga telur

bunga telur warna kuning untuk tetamu - beli kat Nilai! murah aje, rm14 (sale 50%) untuk 50 batang!

coklat untuk tetamu
p/s:- bulan ni kena makan ikan kering aje pasal duit dah banyak habis! habis masa kenduri, habis masa beli barang2 sekolah anak2!! hu..hu...

No comments: