Saturday, January 7, 2012

cerita masak

Ada pernah dengar tak orang kata kalau kita nak buat baik tu mesti ada je cabarannya? Bunyinya macam pelik tapi saya rasa macam betul lah! Sebenarnya tak ada lah buat baik manapun cuma sekarang saya kan tengah bersemangat nak memasak. Bila tengah ada kerajinan ni tiba2 semalam gas dapur kat wet kitchen habis. Time tu saya dah ready nak goreng mee untuk makan petang anak2.

Plan saya petang tu nak goreng mee dulu baru nak masak untuk makan malam. Menunya simple aje - udang goreng kunyit dan sayur bayam air fishball. Kalau masak berat2 macam gulai ke, masak lemak ke, anak2 tak suka. Suami pun tak kisah kalau masak simple2 macam tu, janji masak aje.

Tapi bila gas dah habis, mulalah nak geram kan? Ish! tension betul! Baru nak rajin sikit dah ada dugaan. Sebenarnya kat dry kitchen boleh masak tapi saya paling tak suka masak kat situ pasal ada banyak hiasan saya kat situ. Kalau nak masak, kenalah ubah semua perhiasan tu. Sementara nak ubah tu dah ambil masa. Pastu lepas masak nak ngemas pulak satu hal! Masak kat dry kitchen ni bila2 terdesak aje.  Kalau saja2 nak masak kat situ, tak kuasalah!

Tapi saya terpaksa jugaklah goreng mee kat situ pasal anak2 dah bising lapar.  Jenuh jugak lah nak mengangkut barang2 nak masak ke dry kitchen tu. Lepas masak kena pulak kemas - angkut barang satu2 ke tempat asal. Pastu nak mengelap minyak2 kat barang2 perhiasan tu pasal dah mercik masa tumis sambal. Dah selesai semua baru jamu anak2 - anak Kak Ina - Imran, jiran depan rumah pun ada sekali pasal Kak Ina minta tolong ambil anak dia sekali masa balik sekolah. Kak Ina ada hal dan tak sempat nak ambil. Saya pun tak kisah pasal dah satu sekolah, pastu satu kelas pulak tu. Memang tak ada masalah!

Makan malam untuk semalam saya tak masak pasal suami balik kerja cakap tak payah masak. Dia ada bawa balik gulai kambing (dapat dari jamuan kat office dia). Kami anak beranak makan mee goreng aje lah. Anak2 tak mahu makan nasi. Cuma suami aje makan nasi sikit malam tu.

Tengahari tadi saya masak menu yang sepatutnya saya masak semalam iaitu udang goreng kunyit dan sayur bayam air ngan fishball. Senang, mudah & anak2 pun suka!

keadaan dapur kering selepas mee goreng masak

nampak tak adik tunjuk best tu! he..he.. makan baru semulut dah sibuk nak air!

Imran dah makan 4-5 mulut tapi adik dok sibuk ngan Ummi nak ambil gambar dia!

menu kami hari ini
p/s:- hari Ahad ni birthday suami, tengah fikir2 nak masak apa, buat kek apa, nak celebrate kat mana!

p/s:- mengantuk tapi tak boleh nak tidur lagi pasal tengah buat roti - menyesal lak tak buat awal2 tadi - sapa suruh tadi dok tengok cerita Korea - menyusahkan diri sendiri kan? he..he.. Buat roti biasa aje pasal tadi tanya anak2 nak makan roti boy tak, depa jawab tak nak, nak roti hotdog, depa tak nak jugak - last2 anak2 request roti biasa aje untuk makan dengan cheese pagi esok! Lagi senang kerja Ummi kan?

No comments: