Thursday, January 5, 2012

cerita pasal kawan Awatif dan bekalnya....

Masa balik dari ambil anak2 sekolah tadi, Awatif bercerita tentang seorang kawan baru yang selalu bawa bekal ke sekolah (kiranya dari last yearlah - kalau nak ikutkan tahun ni sekolah baru buka 2 hari). Makanan tengahari pihak sekolah memang sediakan tapi waktu rehat pukul 10 pagi tu tak ada. Kalau ada pun selalunya biskut dengan air teh aje. Kawan baru tu memang asalnya dari kelas A. Saya kenal budak tu pasal tahun lepas kami ada terjumpa kat kedai dan Awatif bagitahu budak tu dapat A dalam semua 13 subject.

Memang budak tu pandai orangnya - so saya bagitahu Awatif, berkawan lah dengan budak tu supaya dia pun ikut jadi pandai jugak. Kadang2 ni kawan2 mainkan peranan jugak kan? Kalau berkawan dengan budak rajin belajar lama2 kita pun ada keinginan nak belajar. Bukan nak suruh dia pilih kawan ke apa. Berkawan dengan ramai orang ni tak rugi. Cuma mana yang baik tu kita ikut, yang tak baik tu kita buang.

Sambung pasal kisah bawa bekal ni - Awatif cakap budak ni cerita mak dia tiap2 hari bangun pukul 5 pagi untuk siapkan bekal sekolah dia. Saya tanya mak dia kerja ke tak? Yang tu Awatif tak habis selidik lagi he..he.. Kan baru nak kenal2 & rapat2! 

Ok, yang saya nak highlightkan kat sini ialah pasal kawan dia bawa bekal tu. Awatif dengan penuh semangat bercerita yang mak kawan dia sanggup bangun pukul 5 pagi untuk siapkan bekal anak dia. Sambung Awatif, dia tak pernah beli makanan kat kantin agaknya pasal tu lah kot dia pandai pasal tak makan makanan luar! Walid pun selalu cakap makan pagi ni penting untuk badan & otak cergas! Pastu Awatif bagitahu dia pun teringin nak bawa bekal. Adik pun sampuk jugak cakap tak kenyang makan kuih yang Walid selalu beli. So bila dengar tu mahunya saya tak sentap kan? Eh! terasa tau! Nampak sangatlah saya ni mak yang malas kan? So saya pun terasalah insaf seinsaf insafnya!!! Ha! baru tahukan perasaan anak macamana? Anak2 ni kadang2 tak pandai nak bercakap - pada pendapat saya anak2 suka kalau bawa bekal ke sekolah tambah2 kalau bekal tu kita buat sendiri - kiranya macam depa anggap kalau kita bersusah payah untuk depa ni kita ambil beratlah kat depa - dah tu kat sekolah boleh lah berbangga yang mak masing2 buatkan sendiri bekal untuk depa. Iya tak?

Lepas dengar aje luahan perasaan anak2 tadi saya pun terus bawa depa pergi Tunas Manja beli barang2 untuk  buat bekalan esok. Awatif nak sandwich - letak cheese, tomato & salad - selera dia tu tinggi sikit he..he.. Nak western aje! Adik pula nak cucur udang. Oleh sebab dah tahu buat roti sendiri maka tak beli lah roti gardenia tadi.  Sejak beli bread maker ni saya tak beli dah roti gardenia. Bukan nak berlagak kononnya dah pandai sangat tapi iyalah! dah ada bread maker ni kan? Dah beli mahal2 tak buat rasa rugi pulak kan?

Plan saya nak off masak minggu ni kenalah cancel ya! Dengar anak2 cakap tadi terus angin rajin datang. Membara2 semangat nak  masak nie! Mudahan berkekalan ya angin rajin Ummi nie. Rasanya anak2 kena selalu bagi sokongan kat Ummi baru Ummi rajinkan??

Lepas balik dari beli barang2 tadi teruslah saya check in kat dapur. Masak untuk makan malam. Dalam sejam tu dah siap. Masak ni sebenarnya senang lah jugak tapi kalau dah malas tu tak boleh nak cakap apalah kan? Anak2 pun terkejut bila tengok Ummi masak - Awatif boleh beriya-iya jerit "eh, Ummi masak ke nie?" - eh! eh! macam tak pernah tengok Ummi masak pulak! Ish!! geramnya!! Kalau dengar dek orang ni buat malu aje! Iyalah, nanti orang ingat Ummi nie tak pernah masuk dapur pulak!!

Selalunya dalam pukul 5 ke  6 suami akan cal tanya nak beli apa, nak makan apa. Tapi tadi bila saya cakap saya masak terus laju aje cakap ok! Suka lah tu! Mesti dia pun dah muak nak makan nasi goreng tiap2 hari - kalau tak nasi goreng, tom yam! Abang doakan ajelah wife abang ni bersemangat nak masak tiap2 hari! Angin wife abang ni tak tentu halanya!! Kadang tu bila dengar lagu jiwang2 pagi2 sorang2 kat rumah pun boleh buat mood merundum dari pagi sampai ke malam! Nak buat macamanakan? Hati kita kan lembut he..he.. lembut sangatlah, kononnya!! 

Inilah dinner kami malam ni - simple aje tapi suami & anak2 makan berselera aje - bila tengok depa makan tu rasa macam nak masak aje tiap2 hari - minta sangatlah saya nie bersemangat macam ni sampai bila2 ya!

ikan bawal sweet sour & kacang buncis campur udang & cendawan

sambil masak sambil dengar lagu Korea - rasanya ini akan menjadi port baru saya - iyalah, kalau asyik masak aje kan? he..he..

sambil masak tu sempat jenguk budak ni buat apa kat dalam! tak habis2 dengan angan2 dia nak askar! dia main sorang2 aje tu! Ummi sibuk masak tak sempat nak suruh dia mandi!
p/s:- biarlah angin rajinku berpanjangan, Amin!!

1 comment:

NASI BARYANI SEDAAAAAP... said...

nampak pun mmg sedap... abah muqri suka la makan makanan mcm tu...

td pagi bwkkan muqri bekal, sbb kesian kat dia... terlalu cerewet... sanggup x makan dan minum... sanggup minum air kosong jea (air bekal)...
sabar jea la.. nak kena sabar.. tunggu sampai dia pandai nak makan makanan kat sek tuh...

ok wish u all the best...