Sunday, January 8, 2012

cerita boring

Semalam tak boleh nak tidur. Lepas roti dah masak pun dah tak boleh nak tidur. Dalam pukul 6 pagi masuk bilik pun mata tak boleh nak lena. Agaknya pasal dok tahan ngantuk dari awalnya tu kot. Badan dah letih tapi tak boleh nak tidur.

Bila malam tak tidur so pagi tadi saya bangun lewat sikit lah! Dalam pukul 10 pagi tu terjaga kejap, tengok anak2 dah siap mandi semua. Suami dok layan anak2 buat homework. Pastu saya sambung balik tidur he..he.. Pukul 11 tu baru bangun. 

Bila bangun tengok2 roti saya tinggal 7 biji - suka sangat2 bila susah payah buat roti tu suami & anak2 makan. Masa buat roti pandan & roti coklat tu anak2 makan sebiji aje. Lebihnya saya bagi kawan2. Geram jugak time tu. Dah cakap ngan anak2 - Ummi malas dah nak buat roti, pastu anak2 cakap depa lebih suka roti plain aje. So pasni tak payah lah nak buat roti yang ada macam2 perisa @ ada inti. 

Bila anak2 tengok Ummi dah bangun, sibuklah suruh Ummi buat sandwich - tadi depa makan roti ngan telur setengah masak Walid buatkan. So Ummi buatkan 3 biji sandwich (tak panggil keping kot pasal bun tu sebiji2 he..he..) 2 biji anak2 sorang satu & satu untuk Walid. Ummi tak teringin pulak nak makan. So sekarang tinggal lagi 4 biji untuk esok anak2 bawa bekal & untuk breakfast Walid. Senang hati Ummi! Kalau macam ni barulah Ummi bersemangat nak buat selalu!!

buat satu adunan (500 gram tepung roti) dapat 2 bekas ni - dalam 15 biji

inti kosong - plain aje - tapi kat atas tu saya tabur gula

yang ni pun kosong jugak - kat atas saya tabur bijan putih ngan bijan hitam

favourite anak2 - letak  cheese, tomato, salad & mayo
Lepas anak2 dah makan sandwich tanya suami nak masak apa untuk tengahari ni. Dalam peti ais ada ikan kembung aje. Suami cakap buat lah apa2 pun pastu saya ajak suami pergi Giant Kijal lepas lunch untuk beli barang2 dapur sikit. Pastu tiba2 suami ajak pergi Kuantan. Saya pun apalagi terus on ajelah! Pergi Kuantan tu bukannya pergi mana pun - cuma pergi Giant kemudian makan2 sikit pastu balik. Kami memang selalu macam nie - duduk kat rumah pun boring jugak kan? Kalau kat KL tu kalau boring2 boleh pergi rumah kakak ke, mak2 sedara ke, sepupu2ke. Dah rezeki kat sini nak buat macamana kan?

Sebelum balik singgah makan kat Satay Zul - memang popular restoran ni. Kat Kuantan ni satay Zul sama taraf lah ngan satay Samsuri. Masa kami duduk Kuantan dulu selalu jugaklah makan kat sini tapi sejak pindah Kemaman, lama jugak lah tak singgah.

adik makan nasi impit

Awatif control aje muka bila Ummi nak ambil gambar

adik dan Walid - esok besday Walid - ingat nak buat kek malam ni tapi dah letih sangat balik dari Kuantan tadi - esok pagi2 nak kena buatkan kek untuk Walid!

adik sedang asyik makan satay - order 20 cucuk - makan 10 cucuk aje - yang 10 lagi bawa balik!

1 comment:

bidadarindu said...

Pembetulan - Satay Samuri la bukan Samsuri...