Friday, January 20, 2012

cerita Ummi stress & anak2 sakit part 1

Bukan tak pernah dua2 anak sekali kena warded dalam masa yang sama. Kalau tak silap saya ini kali yang ke 4. Sepatutnya saya dah bersedia dari mental & fizikal tapi kali ni saya tewas. Saya rasa stress yang amat sangat sampaikan menangis & tak boleh nak tidur selama 2 malam.

Banyak sebab yang buatkan saya stress kali ini - yang paling besarnya ialah terlalu risaukan Awatif yang nak kena operate. Saya sendiri dah melalui pengalaman operation ni selama 6 kali. Jadi saya tahu macamana rasanya. Rasa takut berdebar2 sebelum dibius, rasa sejuk yang amat sangat dalam bilik bedah sampai mengigil satu badan & terangkat kaki tangan, rasa sakit bila dicucuk banyak kali kat tangan kerana Dr & nurse susah nak cari urat kesan dari urat yang kecut gara2 sejuk & rasa yang sukar nak digambarkan bila dah sedar lepas operation tu. 

Walaupun tahu dari awal dia terpaksa menjalani operation ni tapi saya tak bersedia bila memikirkan yang anak saya akan melalui pengalaman yang amat menyakitkan ini dalam usia yang muda. Melihat dia ketakutan dalam bilik bedah tu dah buat hati saya hancur! Untuk kanak2, ibu bapa (salah sorang) dibenarkan menemani anak2 sebelum mereka tak sedar (dibius). Jadi saya berpeluang temankan Awatif sampai dia tak sedar. 

Masa dibawa dari dalam wad  ke dalam bilik bedah tu Awatif dah nangis, saya tahan aje air mata dari keluar takut2 nanti dia lagi takut. Tapi bila dah dalam bilik bedah tu saya tahan tak nak nangis tapi tak boleh. Makin di tahan makin meraung jadinya! So saya peluk dia sambil lap air mata bagitahu Ummi sayang sangat kat dia dan cakap Ummi tunggu Awatif. Dia suruh saya tunggu dia sampai habis. Saya iyakan aje. Lepas tu Pakar Bius datang - masa tu Awatif dah menggeletar sejuk - Pakar Bius tu suruh selimutkan Awatif dengan "warmer" - pastu letak oxgen kat Awatif, dalam beberapa saat aje dia dah tak sedar. Saya pun disuruh keluar dan tunggu kat luar sehingga dipanggil. Operation tu ambil masa dalam setengah jam aje. Sambil keluar tu sambil tengok dia sambil air mata berjuraian! Sungguh! Rasa hati saya macam dirobek2! Kaki saya menggeletar - nak jalan pun rasa payah sangat. Nak melangkah rasa berat sangat. Saya mohon doa banyak2 saya tak mahu dah melalui pengalaman tu lagi! Biar saya aje yang operate tapi jangan anak2!

Masa tunggu kat luar tu adalah 2-3 orang yang menunggu jugak, seorang tu menunggu mak & seorang tu menunggu isteri. Masing2 kena operate yang ambil masa 2 jam. Kalau tak silap saya sorang tu kena buang rahim dan sorang tu betulkan tulang kat bahu. Saya tak ambil pusing sangat bila mereka bersembang pasal hati saya dok risaukan Awatif. Dalam setengah jam tu saya dipanggil - masuk dalam tengok seorang nurse ni tengah sedut darah dalam mulut Awatif. Bila tengok tu lagilah rasa berdebar2 sampai tak perasan Dr menegur saya. Alhamdulilah, Dr kata tak ada masalah - kemudian Dr bagi tonsil yang dibuang tu. Mengigil tangan nak ambil. Kemudian terus tengok Awatif yang tak sedar lagi. Pakar bius kejutkan Awatif kemudian dia buka mata kemudian pejam lagi. Saya faham sangat apa yang Awatif rasa - bila Pakar Bius tu terangkan pada saya - saya iyakan aje - saya dah tahu apa rasanya. Awatif nampak saya aje terus nangis tapi suara tak boleh nak keluar pasal sakit. Air mata aje yang meleleh2! Kesian betul tengok dia time tu!

Sampai kat wad saya terus cal suami. Suami datang dengan adik. Time ni saya tak boleh nak cakap dah pasal kalau cakap aje mesti nangis. Pasal tu lah siapa pun saya tak cal pasal takut nanti nangis. Ibu dok tunggu aje saya cal. Saya ingat lepas dah saya cool sikit baru nak cal ibu bagitahu. Mujur ibu pun tak cal time tu - kalau tak mesti saya meraung bila dengar suara ibu! Rasanya waktu itulah stress saya naik mengunung! Time tu kiranya nak naik angin aje! Rasa nak marah kat semua orang. Kat nurselah, kat jiran sebelah lah, kat suami lah dan kat Dr pun rasa nak marah jugak!

Sebenarnya banyak lagi nak cerita tapi nanti kita sambung balik ya. Saya sebenarnya pun tak sihat nie - terpaksa ambil ubat kat klinik. Demam & selsema. Sementara tu layan lah gambar2 ni dulu - kali ni tak banyak gambar yang saya ambil.

adik masa belum masuk spital - demam dari hari Khamis tak baik2 - masa ni siap2 nak pergi Klinik untuk kali ke 2

dalam bilik katil 5 - tak ada bilik single atau double - penuh! Awatif tengah sakit kesan dari ambil darah - adik pulak tangan tu Dr letak ubat untuk bagi sejuk & kebas untuk cucuk nanti!

dulu2 saya simpan semua tag nama ni untuk buat kenangan setiap kali anak masuk hospital tapi sekarang ni dah tak kuasa pasal selalu sangat dah!

tag nama Awatif

masa ni masing2 sporting lagi pasal belum sakit sangat - lepas dari ni bila Ummi nak ambil gambar dua2nya mengamuk - tak bagi kerjasama langsung kat Ummi - dahlah Ummi kali ni rasa stress sangat!

jelingan memukau dari Awatif he..he.. perasankan anak sendiri kan apa salahnya!!

hero kecil Ummi yang handsome! he..he..

budak2 ni belek apa ntah!

ooo! tengah belek remote untuk contol katil - kejap2 naik, kejap2 turun

gambar sebelum nak operate  pagi tu - malam sebelum operation kami 2 beranak tak boleh tidur malam tu - satu pasal masing2 susah hati pasal esok nak operate keduanya pasal orang depan bersama ngan pelawatnya bising sangat sampai pukul 12 malam tak balik2 lagi!

Awatif sebelum operation - pakai baju untuk bedah - jenuh saya nak ambil gambar nie - boleh2 dia tak mahu pasal nanti malu orang tengok - dia suruh janji jangan letak dalam blog he..he.. sorry ya anak Ummi, kalau Ummi tak letak dalam blog ni tak adalah kenangan nanti Awatif nak tengok bila besar nanti!

Awatif lepas keluar dari bilik bedah! masa ni dia belum sedar sepenuhnya lagi

Awatif demam malam lepas operation tu - malam tu saya tidur sejam aje pasal risaukan dia - asyik jelumkan dia sampai bantal & tilam basah!

kakak tengah main game angry birds

"janganlah ambik gambar adik" sambil nangis - geram betul lah Ummi!!

si adik tu tak berenggang langsung ngan Walid sepanjang kat spital - Walid terpaksa ambil cuti 3 hari untuk jaga adik dan Ummi jaga kakak

kesian Awatif - lapar tapi tak boleh nak makan - dia makan 2-3 mulut aje pastu tak boleh dah pasal sakit! kesian betul tengok keadaan dia makan - satu suap, rehat kejap, pastu merengek sakit, pastu suap lagi satu mulut, pun sama merengek jugak, last2 3 kali suap dia dah tak sanggup tahan sakit! sanggup berlapar dari sakit! kesian kan?

adik yang ketiduran he..he..

hari nak balik - adik banyak tidur aje kesan dari bermacam2 ubat

menu Awatif selama 2 hari kat hospital

ubat Awatif

ubat adik

ubat adik & kakak - banyak kan? kos semuanya ni rm8 ribu! mahalkan? mujurlah ada insurance kalau tak bergadailah Ummi & Walid nak membayarnya!!

No comments: