Friday, January 13, 2012

adik demam

Hero kecil saya demam dari semalam pastu hari ini tiba2 batuk  & selsema pulak! Kesian dia! Asyik baring & tidur aje. Masa dalam kereta lepas ambik dia dari sekolah, dia ada bagitahu kat dalam kelas dia sakit tekak dan demam tapi saya rasa dahi dia tak lah panas sangat. Bila sampai rumah terlupa nak bagi ubat demam. Dalam pukul 6 petang tu badan dia dah mula panas, mata dah merah, kaki tangan dah sejuk & dia nampak lemah aje. Lepas bagi dia makan ubat tu terus dia tidur.

Lepas Isyak, badan dia panas lagi so saya & suami bawa dia pergi Klinik. Dalam sejam jugak kena tunggu nak jumpa doktor - sepanjang sejam tu dia tidur aje. Muka layu aje! Selepas Dr dah check adik, minta Dr check Awatif pulak. Nak minta surat untuk bawa Awatif jumpa Specialist esok pasal tonsil dia tu. Plan nak operate buang tonsil Awatif raya Cina ni. Sepatutnya buat bulan 12 tahun lepas tapi tak ada masa. Sibuk dengan adik bersunat lepas tu sibuk ngan kenduri pulak! Minta2 adik dah sihat esok pasal nak pergi Kuantan buat appointment ngan Dr pasal operation Awatif tu! 

Hari ini awal saya masak pasal adik pagi2 dah bangun. Dia kata dia lapar tapi makan sikit aje. Badan masih panas. Kaki tangan dia sejuk aje. Anak2 saya kalau demam memamg style macam tu - kaki tangan mesti sejuk! Breakfast tadi saya goreng koew teow, tengahari masak sayur kobis air ngan goreng ikan aje. Pastu buat roti sosej pasal adik dari semalam minta tapi Ummi tak sempat buat.

kesian anak manja Ummi ni demam! bila demam ni lagilah manja - siap berdukung lagi!!

dia suruh Ummi temankan dia tidur tapi Ummi sibuk masak - bila dah selesai masak tengok2 dia dah tidur kat ruang menonton! nak kejutkan nanti mengamuk pulak! biar aje lah dia tidur puas dulu!

adik makan sikit aje - kalau tak dia suka sangat makan sotong tapi bila dah demam ni dia tak makan pun! agaknya dia rasa mulut tu pahit kot! kita demam pun rasa mulut pahitkan?

tunggu dia naik sikit kemudian baru bakar dalam oven

letak mayo aje pasal anak2 tak suka letak cili sos

2 comments:

Kaz said...

Smg Aisy cepat sembuh ya. Bertuah Aisy sebab dapat makan macam2 bila dapat Ummi yg pandai dan rajin masak.

khayrulniesa said...

salam kaksyg. roti sosej 2 amik resepi kat mane?