Tuesday, December 13, 2011

You are my destiny



Jom kita dengar lagu ni sama2 - ini adalah lagu yang paling saya suka sejak 2 bulan ni. Sehari boleh dengar sampai 100 kali. Lagu inilah peneman saya masa saya buat kek & roti. So kalau berjaga sampai 4@5 pagi pun tak kisah janji lagu nie sentiasa ada! Saya tak tahu apa rasa orang lain tapi bagi saya pertama kali dengar lagu ni terus jatuh hati.

Lama kan saya tak cerita pasal KPOP? Sejak duduk KL ni saya tak berpeluang langsung nak tengok drama2 & cerita2 Korea kat TV pasal tak ada siapa pun yang minat KPOP kat sini kecuali anak2. Ibu & mak selalu layan drama2 Melayu, Hindustan & Indon. Kalau terasa nak tengok drama2 Korea kena tengok kat laptop - yang online punya. Kalau nak tunggu tengok kat TV tu tak merasalah he..he..

Hari ini genap 2 minggu anak2 bersunat. Alhamdulilah - luka kedua2nya dah sembuh sepenuhnya. Sejak semalam adik dah mula pakai seluar. Hari ini pulak dah start makan ayam setelah 2 minggu tak boleh makan. Laksa pun dah boleh makan so pagi tadi saya buat laksa. Adik tu sejak seminggu ni asyik cakap nak makan laksa aje tapi pasal berpantang tak boleh lah nak bagi. So hari ni adik boleh lah makan puas2. Si adik Najwa tu pun sibuk aje nak suruh buat laksa jugak. Macam2 dia minta nak suruh buat - antaranya apam dot dot. Dah macam orang baru habis pantang pulak - nak makan macam2 he..he..

Petang semalam saya ajak kakak pergi Nilai. Cari barang2 nak buat kenduri minggu depan. Ibu & Nyah pun ikut sekali. Selesai beli barang2 kenduri tu saya singgah kedai jual perhiasan gaya English nie - hei!! rambang mata dibuatnya. Rasa nak beli semuanya he..he.. Kalau tak pasal nak pakai banyak duit untuk kenduri - saya rasa habis barang2 kedai tu saya sapu. Cakap tu macamlah duit banyak sangat kan? he..he..

Asalnya saya nak cari pasu cupcakes - masa pergi Air Hitam hari tu tak ada. Koleksi yang saya ada kebanyakkannya saya beli online. Saya saja nak cari kot2 harganya lebih murah & dan banyak pilihan. Bila sampai kat kedai tu saya rasa macam tak tentu arah pasal banyak sangat yang nak dipilih & semuanya cantik2 pulak tu.  Harganya pulak lebih murah dari yang dijual kat online tu. Sayangnya barang banyak yang nak dibeli tapi duit pulak yang kurangnya he..he.. Tak apalah kan, nanti2 boleh pergi lagi!! Nilai ngan rumah kakak dekat aje, dalam 15 @ 20 minit sampai dah. Lain kali boleh sediakan duit banyak2 kan??? he..he...

1 comment:

bidadarindu said...

cer baca kat sini...saje je la...


http://www.mazidulakmal.com/2011/12/1-entri-lebih-1700-komen-wow.html

http://www.mazidulakmal.com/2011/12/blogger-peminat-k-pop-bak-menjadi-bomoh.html