Tuesday, December 27, 2011

update sikit

Dah selamat pun sampai rumah semalam. Anak2 tak mengamuk langsung bila kata nak balik Kemaman hari Isnin tu. Agaknya rindu dengan rumah kot! he..he.. Ummi pun rasa rindu jugak dengan rumah - maklumlah dah sebulan tinggalkan rumah.

Pagi tadi sibuk ngemas rumah - tinggal rumah sebulan kat suami, faham2 ajelah kan? Tapi kemas tadi taklah beriya-iya sangat pasal rasa penat kenduri pun tak habis lagi. Kemas sikit2 aje dulu asalkan tak nampak bersepah kat ruang tamu & dapur.

Banyak cerita & gambar pasal kenduri tu nak di kongsikan kat sini tapi rasa tak ada mood pulak. Dekat facebook tadi adalah jugak upload gambar sikit2. Kalau nak letak gambar kat blog ni nak kena bercerita tapi idea nak mengarang tu tak ada. Sebenarnya saya ni letih sangat2 - kurang tidur & kurang rehat gara2 uruskan kenduri tu. Makanan order aje dari Nyah, menunya nasi daging tapi yang buat penat tu buat dessert. Antaranya coklat, cupcakes & kek coklat. Cupcakes tu saya buat dalam 200 biji, kek coklat 4 biji dan coklat (bermacam bentuk) buat dalam 7 kilo.

Sementara saya nak dapat idea mengarang panjang2 - jomlah kita layan dulu gambar 2 orang budak yang dah besar - Aisy & Robin :-

malam sebelum kenduri - tengah baca Fatihah!
p/s:- terima kasih pada yang sudi hadir!

p/s:- nasi daging hari tu memang meletup!! he..he..

No comments: