Friday, December 9, 2011

projek roti

Dah habis update entry pasal budak2 bersunat - saya nak cerita pulak pasal saya & kakak buat roti. Sejak seminggu dua ni nak dikatakan tiap2 hari kami buat roti. Macam2 jenis roti la kami buat. Walaupun rupanya kurang menarik tapi sambutan yang diterima dari anak2 amat hebat he..he.. Dalam sekelip mata boleh habis roti2 tu!

Semalam pun saya & kakak meroti jugak - pukul 2 @ 3 pagi baru tidur! Gambar2 roti semalam pakai hp adik Najwa - time tu camera saya dalam bilik kat atas, malas nak ambil. Rasanya rupa roti semalam kami buat tu lebih baik kot! he..he.. Alhamdulilah, menjadi jugak roti kami tu pasal walaupun buat semalam, bila nak makan pagi ni masih rasa lembut! Ibu pun puji! Anak2 pun suka! Memang berbaloi betul beli bread maker tu kan??

Jom kita layan gambar2 roti  yang saya & kakak buat :-

Japannese sweet bun

rupanya kurang menarik tetapi rasanya sedap & lembut sangat!

jemput makan!!

roti cheese sosej

jemput mkan!

sosej tak cukup so kena belah dua - itu yang nampak nipis aje dalam tu!
p/s:- plan malam ni nak buat coklat rice bun pulak! kalau jadi, saya tayangkan kat sini ya!!

No comments: