Monday, December 19, 2011

kelas bun & homemade chocolate

Lama dah teringin nak belajar buat roti dengan betul - maksudnya pergi kelas dan cikgu mengajar kat depan mata. Selama ni dok buat roti hanya berdasarkan resepi2 dan info2 dari blog2 masakan kat internet. 

Minggu lepas saya berpeluang pergi kelas membuat roti/bun dekat Putrajaya dengan kakak. Saya dah lama daftar dengan cikgu ni yang saya panggil Aza - sebelum cuti sekolah panjang aritu lagi. Dalam banyak kelas yang saya survey - yang ni yang paling murah iaitu rm130. Kelas dari pagi sampai petang dan pulak tu makanan tengahari disediakan. Murahkan?

Bila dah masuk kelas & belajar nie barulah saya tahu tak susah sangat sebenarnya buat roti ni he..he.. cakap berlagak kan? Selama buat roti nie banyak benda yang saya buat salah. Berguna dan berbaloi betul dapat pergi kelas roti tu. Jom kita layan gambar2 masa saya & kakak dalam kelas:-











Esoknya pulak saya ambil kelas buat homemade chocolate. Kali ni kakak tak berminat nak belajar. Saya pergi sorang2 aje. Kakak cuma hantar/ ambil saya aje. Jom la kita layan gambar2 masa saya dalam kelas, nak cerita panjang2 tapi tak ada idea nak mengarang.









No comments: