Friday, December 30, 2011

cerita pasal kawan......

Hati saya amat terganggu sejak akhir2 ini! Sejak dapat tahu tentang berita itu saya rasa sedih sangat, dari KL dah terasa tapi mungkin kerana sibuk dengan persiapan kenduri maka perasaan tu tenggelam kejap. Tapi bila dah balik rumah ni sikit demi sikit perasaan itu timbul balik.

Dua hari sebelum kenduri saya dapat tahu kawan saya bercerai! Bukan tak pernah dengar tentang perceraian tetapi bila terjadi pada kawan sendiri saya rasa amat terpukul dengan berita tu! Ini merupakan perceraian mereka untuk kali ke 2. Pertama kali dalam 2 tahun lepas tapi demi anak2 mereka rujuk kembali. Masa dengar untuk pertama kali tu pun saya memang tak senang duduk! Terbayang-bayang kemesraan mereka ketika bergelar suami isteri dulu! Nampak dari luaran mereka seperti pasangan yang romantis tetapi punca kemelut yang melanda hanya mereka yang tahu!!

Apa yang membuat saya terasa sangat ialah pengorbanan yang dibuat oleh kawan saya tidak dihargai! Kawan saya ni sanggup menjadi surirumahtangga sepenuh masa walaupun mempunyai pendidikan tinggi yang mana kemudiannya menjadi tekanan padanya, sanggup bersama-sama menempuh kesusahan semasa mula2 berkahwin dan sanggup berkorban apa saja! Tapi bila sang suami dah mula makin berjaya, makin tinggi gajinya, dengan mudahnya melafazkan kata yang amat kejam bagi saya!

Saya memang tak tahu apa puncanya - saya jugak tak tahu siapa yang bersalah, bukan jugak saya nak mengatakan kawan saya di pihak yang benar tapi bukankah setiap masalah itu ada penyelesaiannya? Tak terasakah lagi cinta dan sayang yang di bina selama 14 tahun itu?  Apakah mereka lupa yang mereka berkahwin atas dasar cinta yang terjalin sejak di bangku sekolah lagi!

Yang membuatkan saya turut rasa kesedihannya ialah anak2 dijaga oleh bekas suaminya. Kawan saya ni mula bekerja sejak 2 tahun yang lalu iaitu sejak bercerai untuk kali pertama. Mungkin suaminya fikir kawan saya ni tak layak untuk menjaga anak2 kerana gajinya kini dah mencapai ribuan ringgit manakala kawan saya ni bergaji sikit. Bayangkanlah macamana perasaan kawan saya apabila anak2 tak ada bersama sedangkan selama ini dialah yang selalu bersama anak2 kerana tidak bekerja. Kalau terjadi pada saya sendiri pun - rasanya tak sanggup saya nak menghadapinya!!

Betullah kata orang, hati kalau dah berubah, buat apa pun tak dipandangnya! Tambah2 kalau dah ada pengganti. Bila sayang dah hilang, belas kesian pun dah tak ada. Pujuk dan rayu pun dah tak berguna!

Buat kawan saya nie, saya memang tak tahu nak bagi nasihat apa. Masa berjumpa dia baru2 nie saya hanya mampu minta dia bersabar saja. Cakap memang senangkan? Cakap suruh bersabar, tapi yang nak menghadapinya dia! Tapi saya memang berharap sungguh dia dapat bersabar dengan dugaan ini! Saya tahu dugaan ini amat berat tapi saya percaya ada hikmah disebalik semuanya ini!!

Sebenarnya banyak lagi nak dicerita tapi makin lama menaip ni makin terasa pulak sedihnya! Sebelum air mata ni mengalir laju aje baik saya stop dulu cerita ni. Saya ni memang mudah terbawa2 perasaan - hati saya memang senang terusik! So kita stop dulu ya cerita ni!

Dalam sedih2 tu saya sempat jugaklah buat roti kat anak2 tadi. Si kakak nak makan bun coklat rice, si adik pulak nak makan bun pandan. So terpaksalah buat dua2. Kalau tak habis makan, siaplah!! Jangan bagi Ummi marah sudah,  dahlah Ummi bad mood nie!! Jomlah kita layan gambar roti yang saya buat tadi :-

bun kaya pandan - permintaan adik

bun coklat rice -  permintaan Awatif

kalau kat KL ni sekelip mata aje boleh abis - tapi sekarang ni bila kami 4 beranak aje tak terusik pun! yang tadi iya2 aje anak2 nak makan tapi bila dah siap masing2 makan sorang sebiji aje - grrrr! geram betul!!!
p/s:- masa buat roti tadi teringat kenangan masa buat roti dengan kakak kat KL, riuh rendah dengan anak2 yang kejap2 tanya roti dah masak ke belum, pastu dengar suara ibu yang dok tegur roti yang kami buat tak cantik pastu dengar suara mak pulak yang dok cakap "hangpa ni tak habis2 dok buat makan, hangpa dok jamulah anak2 hangpa makan" he..he..masa saya buat roti tadi sorang2 aje, dah tu sunyi sepi, anak2 dok sibuk tengok tv, suami pulak main game komputer dalam bilik! saya sorang2 aje kat dalam dapur tadi!! sedih pulak rasa sob..sob..sob..

No comments: