Wednesday, December 28, 2011

cerita pasal hal sekolah anak2

Baru balik dari uruskan hal sekolah anak2. Bayar yuran, buku sekolah & baju sekolah. Baju sekolah Awatif saja yang belum beli kerana dia jadi pengawas perpustakaan tahun ni. Tadi masa pergi sekolah baru tahu yang baju untuk pengawas kena tempah. Pihak sekolah cuma bagi kain aje. Sepatutnya kena ambil kain tu pada 5hb lepas tapi saya tak tahu pasal surat tak dapat. Mungkin surat tu dapat masa last hari sekolah hari tu. Anak2 pulak tak pergi sekolah pada hari tu.

Memandangkan tak sempat dah nak upah orang jahitkan baju tu maka kena beli yang dah siap kat luar. Nak cari2 tu masalah jugak pasal dah hujung2 nie takut2 tak ada saiz pulak. Tahun ni uniform untuk pengawas perpustakaan warna hijau. Awatif teringin sangat nak jadi pengawas sekolah tapi tak dilantik pasal cikgu kata dia selalu tak datang sekolah he..he.. Tak datang sekolah tu  bukan pasal dia saja2 tapi pasal selalu ke KL! Tahun ni dan tahun depan tak boleh lah nak pergi KL & duduk lama2 dah - time cuti sekolah aje boleh! Dah nak UPSR ni kenalah berkorban sikit kan? Ni sebenarnya untuk Ummi jugak he..he.. 

Alhamdulilah - Awatif dapat masuk kelas A tahun ni. Dia dapat no. 1 dalam exam akhir tahun tu. Dia bukan main suka dapat naik kelas. Tercapai la jugak impian dia dari 2 tahun lepas untuk naik kelas A. Tapi dalam happy tu ada lah jugak takut2 - takut tak dapat keputusan yang baik tahun depan. Saya memang nak dia bersungguh-sungguh tahun depan - nak kena buat banyak peraturan untuk dia. No more KPOP!! he..he.. Yang tu Ummi bertolak ansur sikit lah - sekali sekala tu boleh lah!!

Yang adik pulak he..he.. Kelakar pulak bila fikir. Keputusan periksa adik baru2 nie semua dapat C. 13 subject semuanya C! Adik dapat no berapa saya tak pasti pasal minggu2 akhir sekolah tu dia tak pergi.

Hari Sabtu ni nak kena pergi Kuantan - beli kasut sekolah & beg sekolah. Selalunya setiap tahun semua tu dah siap beli kat KL tapi kali ni tak sempat pulak pasal asyik sibuk dengan majlis kenduri. 

p/s:- teringat kat mak & ibu! mak sunyi bila kami 3 beranak dah balik! kakak tak bagi lagi saya balik hari Isnin tu tapi saya kena balik pasal nak kena beli baju sekolah anak2. kalau baju sekolah anak2 ada jual kat Jaya Jusco, MUNGKIN (pinjam ayat Cinta) hujung minggu ni baru kami balik he..he..

No comments: