Friday, December 23, 2011

cerita kenduri, cerita makan, cerita diet

Makin dekat dengan hari kenduri, makin sibuk dibuatnya. Pulak tu terasa duit mengalir laju aje. Mujurlah semua kos di bahagi dua jadi kuranglah sikit bebanan tu. Walaupun kenduri tu nak buat secara simple aje tapi kosnya adoi! zaman sekarang ni apa benda pun mahal!

Setakat hari ini Alhamdulilah, semua yang saya rancang dah dilaksanakan. Cuma tunggu hari kenduri aje. Semua idea tentang majlis kenduri ni banyaknya datang dari saya, kakak cuma ikut aje. Mujur kakak jenis mengikut aje, kalau tak, jenuh jugak lah kan? Takut pulak nanti bergaduh sampai tarik2 rambut pulak macam zaman kecil2 dulu he..he.. Terima kasih ya pada kakak & ibu yang banyak mengalah dan mengikut aje aje apa yang saya nak. 

Kenduri nanti simple aje, tak panggil ramai sangat cuma family & kawan rapat aje. Pada family yang tak sudi datang tu, kami dua beradik tak paksa. Cuma hati terluka terasa dalamnya. Nak sembuh tu mungkin akan ambil masa yang lama.

Sebelum menutup entry nie, jom kita layan gambar2 masa kami makan2 kat Johor hari tu. Memang best makan2 kat sana tapi setiap kali nak bayar, mengigil tangan & poket he..he.. Yang kelakarnya kisah nie - masa malam kedua time makan malam. saya & kakak order ketam 3 ekor, masak cili, pastu masa tengah makan kami 2 beradik dok kata menyesal pulak order 3 ekor, kalau tahu sedap macam nie order 5 ekor pun tak apa TAPI bila time nak bayar, bila tengok bil RM400 - kami 2 beradik cepat2 cakap MUJURnya tak order 5 ekor kan? he..he.. Kesimpulannya kisah ni, kalau nak makan tu biar berpada-pada lah ya!! Yang kos makan tu kami share 3 orang jadi tak lah terasa banyak sangat - saya, kakak & mak teh. Macam ni kan best! Makan sama2, bayar sama2. Yang berat jadi ringan, yang banyak jadi sikit! 




















Sebenarnya banyak lagi aktiviti makan2 kami tapi tak sempat saya nak ambil gambar. Ada tu rasa lapar sangat sampai tak ingat nak ambil gambar, ada pulak sekali tu terlupa nak bawa camera & ada jugak sekali tu teringat nak ambil gambar tapi terasa malas pulak.

Berat badan saya dah melampau naiknya he..he.. Tak percaya tengoklah pipi saya yang makin membulat tu! Selepas balik dari Johor tu, saya & kakak berazam nak diet - kononnya nak berpuasa jugak - last2 diet pun tak, puasa pun tak. Kerja kami hari2 makan, makan, makan sampai mak pun tegur "hangpa ni makan tak kenyang2 no...." he..he..

p/s:- dah berazam kali ni nak kena diet betul2 - balik rumah Kemaman nanti kena betul2 kuatkan semangat, kuatkan azam nak kurus, nak kurus, nak kurus!!!!!

No comments: