Thursday, December 8, 2011

adik dah semakin sihat

Sepatutnya entry ni  untuk 2-3 hari lepas tapi dek kerana tak ada mood dan tak ada idea nak mengarang maka tertangguhlah entry ni hinggalah ke hari ini. 

Semalam genap seminggu adik dan Robin bersunat. Hari ini budak2 tu dah semakin sihat. Robin dah boleh pakai seluar tapi adik tak boleh lagi. Mungkin kerana luka Robin dah kering adik pulak masih lagi ada sikit2 air bisa & darah. Entah kenapa Robin cepat baik! Mak kata mungkin pasal Robin selalu ke bilik air (buang air) jadi setiap kali lepas tu, mak akan cuci dengan dettol & letak minyak gamat. Adik pulak sehari hanya 2 kali aje buang air - pagi sekali & malam sekali. Jadi mak cuci 2 kali aje lah. Mungkin tu lah kot alasan dia kerana budak2 tu sunat hari yang sama.

Tapi macamanapun Alhamdulilah kerana budak2 tu dah makin sihat. Walaupun adik belum baik sepenuhnya lagi tapi dia dah boleh jalan ke sana ke sini malah dok turun naik tangga. Robin pulak lasaknya bukan main lagi sampai jenuh kena larang jangan dok aktif sangat. Walaupun luka tu dah kering tapi takut lah jugak kan?

Jumaat lepas bawa budak2 tu pergi Klinik check luka masing2. Kebetulan pulak hari tu hujan lebat sampai bandar Kajang pun boleh banjir. Mujur petang tu kami tak lalu jalan tu kalau tidak jenuh jugak lah kan?

bergambar dengan Ummi Jua - sila abaikan keadaan kat  belakang tu he..he.. Ibu tengah kemaskan bilik store - tu yang sepah2 tu!

dalam kereta - serius aje muka adik pasal takut2 nak pergi Klinik

Robin & adik tengah tunggu nak jumpa Doktor

muka masing2 macam risau aje kan?

lagi sekali....

Robin baca doa apa tu ya!! he..he..
Ni gambar semalam - dah semakin sihat kan budak2 tu? Saya dan kakak rasa happy sangat pasal budak2 tu dah selamat pun bersunat dan melalui proses penyembuhan dengan baik. Terima kasih pada mak yang susah payah jaga anak2 kami. Tiap2 pagi mak dah sibuk uruskan budak2 tu sampai lah ke malam. Mak sanggup tak tidur kerana nak jaga mereka. Setiap kali budak2 tu nak ke bilik air - mereka akan jerit panggil tok nek pasal tak mahu saya & kakak kerana mereka kata kami ni kasar. Mak buat lembut aje, tu yang budak2 tu suka!

Saya dan kakak plan nak bagi hadiah nanti kat mak kerana jaga anak2 kami. Mak suka bercuti - nanti nak bawa mak pergi bercuti mana2 lah! Terima kasih ya mak - kami sayang sangat2 kat mak!

Ibu bukan tak nak jaga cucu2 ibu tapi ibu takut! he..he...Ibu nak dekat dengan budak2 tu pun ibu takut tapi dekat nak baik ni baru ibu berani sikit! Saya & kakak pun takut jugak masa mula2 tu tapi bila dah baik ni barulah berani. Semalam tengah malam adik ke bilik air pastu tengok2 mak dah tidur. Kesian pulak nak kejutkan mak pasal sejak budak2 nie bersunat mak tak cukup tidur. Saya gagahkan jugak cuci luka adik tu sambil ibu temankan. Masa saya cuci tu agak kasar - adik apalagi terus meraung panggil tok nek he...he... Kesan saya cuci dan letak ubat tu luka adik ada berdarah sikit kerana menggelupas - kesannya semalam dia tidur tak lena kerana dia kata dia pedih. Jenuh jugak lah dia nak tidur. Last2 saya bagi ubat tahan sakit barulah dia tidur lena tapi tu pun lepas subuh! Kesian dia! Lepas tu saya dah tak berani nak cuci sendiri - kena tunggu mak jugak!



No comments: