Wednesday, November 9, 2011

roti sosej yang hitam!

Malu sebenarnya nak tayangkan gambar roti sosej yang saya buat semalam. Terhangit sikit! Ikutkan kena bakar selama 40 minit tapi mungkin oven saya tu jenis lain 30 minit dah masak. Walaupun malu tapi nak juga kongsikan kat sini  hasil pertama saya ni - bukan apa, untuk kenangan bila dah tua nanti! he..he..

Lepas ambil anak2 balik sekolah tadi terus ke kedai bahan2 menjual kek & roti - kali ni tak beli  langsung bahan2 untuk buat kek. Beli bahan2 untuk buat roti aje. Dalam seminggu ni dah siap sedia list untuk buat roti apa! Ibu kata buatlah sementara tak chemuih (bahasa Utara - jemu)! Esok2 dah chemuih nanti memang tak akan buat! he..he..

Masa tengah menaip ni saya tengah tunggu doh pau saya naik. Saya nak buat pau kaya. Ini first time saya buat. Saya sekeluarga memang suka kuih pau nie! Setiap kali balik kampung mesti nak kena beli kat R&R highway tu! Teringin nak buat pau daging atau ayam tapi untuk first time ni baik buat yang simple & senang2 dulu. Nanti bila dah pandai baru buat yang susah2 sikit kan??


dah jadi Dayang Senandung - hitam! kesian! he..he.. macam2 rupa ada, kurus, gemuk!!

lebihan doh - sosej dah habis

No comments: